Berita Harian

Akauntan diperlukan semua sektor

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

Akauntania­lahantara jawatan utama di setiap syarikat sama ada kecil mahupun bertaraf multinasio­nal dan berperanan penting memastikan perancanga­n kewangan organisasi dilaksanak­an dengan baik.

Pensyarah Perakaunan Kolej Komuniti (KK) Kulim, Kedah, Ahmad Munzir Zakaria, berkata profesion itu menuntut kemahiran dalam ilmu matematik, selain kemampuan menganalis­a dan membanding fakta serta nombor untuk membuat keputusan kukuh berdasarka­n pengetahua­nnya.

Beliau berkata, pembabitan dalam bidang perakaunan juga memerlukan minat, fokus dan kemahiran berkomunik­asi kerana melakukan tugasan luar serta berurusan dengan orang ramai.

Ada kelebihan

“Semua sektor memerlukan tenaga akauntan, termasuk perniagaan, perkhidmat­an, pembinaan dan pertanian yang dikomersia­lkan, untuk melaksanak­an tugas simpan kira wang serta mengendali­kan prestasi syarikat melalui tugasan di dalam mahupun luar organisasi,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Ahmad Munzir berkata, akauntan bukan hanya bertugas di dalam syarikat tetapi juga melakukan kerja luar seperti menguruska­n hal berkaitan penyata kewangan untuk pemegang taruh.

Seperkara menarik, beliau berkata, mereka yang memiliki ilmu perakaunan secara langsung ada kelebihan dalam pengendali­an kewangan perniagaan­nya jika membuka bisnes sendiri, termasuk dari segi pengiraan gaji, keuntungan dan kerugian.

Lebih peka

Berikutan itu, katanya, pelajar jurusan perakaunan harus bijak membawa diri menerokai dunia pekerjaan kelak, lebihlebih lagi pihak industri memerlukan akauntan yang berpengala­man dalam pelbagai aspek dan bukan hanya akademik.

Selain itu, beliau berkata, mereka perlu lebih peka terhadap persekitar­an kerja seperti hubungan sesama kakitangan, pengurusan masa dalam pelaksanaa­n tugas diberikan, keupayaan bersaing dan memberikan perkhidmat­an terbaik.

“Akauntan serba boleh mampu memberi impak positif terhadap ekonomi negara yang pesat membangun, malah peluang kerjaya terbuka luas kepada graduan bidang ini,” katanya.

 ??  ?? Ahmad Munzir Zakaria
Ahmad Munzir Zakaria
 ??  ?? Profesion akauntan menuntut kemahiran dalam ilmu matematik, selain kemampuan menganalis­is dan membanding fakta serta nombor.
Profesion akauntan menuntut kemahiran dalam ilmu matematik, selain kemampuan menganalis­is dan membanding fakta serta nombor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia