Berita Harian

LUCT tawar 1,000 biasiswa

-

Cyberjaya: Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT) menawarkan 1,000 biasiswa kepada rakyat Malaysia merangkumi tujuh jenis biasiswa bernilai lebih RM52 juta, tahun ini.

Naib Presiden Hubungan dan Hal Ehwal Korporat LUCT, Datuk Fajura Juffa Mohd Mustafa Kamal, berkata biasiswa itu termasuk untuk pelajar Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3), lepasan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) dan Diploma yang disediakan di semua kampus LUCT.

“Kami menawarkan 34 program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di kampus Kuching dan Cyberjaya untuk memastikan pelajar yang tidak dapat melanjutka­n pelajaran merasai pengalaman pembelajar­an di universiti.

Diskaun yuran

“Kami juga ada menawarkan program untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di kampus LUCT di Kuching, Sarawak, Kelantan, Kuala Lumpur dan Cyberjaya untuk pelajar PT3 bagi memperkasa­kan latihan teknikal dan vokasional (TVET) selari dengan hasrat kerajaan,” katanya pada sidang media Limkokwing Foundation 1,000 Scholarshi­p di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, untuk lepasan SPM yang ingin memasuki ke bidang Diploma, mereka hanya memerlukan tiga kredit sahaja, manakala bagi pelajar yang ingin menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka memerlukan lima kredit bagi mendapatka­n biasiswa.

“Kami memohon agar semua pelajar yang ingin melanjutka­n pengajian segera hadirkan diri ke kampus LUCT untuk mendapatka­n biasiswa pada tahun ini,” katanya.

Tujuh biasiswa itu adalah Biasiswa Sultan Ahmad Shah, Biasiswa Utusan, Biasiswa Cyberview, Biasiswa Bumiputera, Biasiswa Masyarakat India, Limkokwing Pusat Pemikir Kepemimpin­an dan 50 peratus diskaun yuran untuk semua rakyat Malaysia membabitka­n nilai lebih RM52 juta.

 ??  ?? Fajura Juffa (tiga dari kiri) pada sidang media Limkokwing Foundation 1,000 Scholarshi­p.
Fajura Juffa (tiga dari kiri) pada sidang media Limkokwing Foundation 1,000 Scholarshi­p.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia