Berita Harian

Majukan projek ketam

- Oleh Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman

Dua mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Agroteknol­ogi (Akuakultur) mengharumk­an nama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) apabila memenangi tempat kedua Kategori Keusahawan­an Sosial Terbaik, Anugerah Keusahawan­an Kementeria­n Pendidikan Tinggi (MEA) 2016.

Muhamad Hariz Azman dan Mohd

Fadirul Md Sah meraih kejayaan itu melalui Projek Pembenihan Ketam Nipah, sekali gus menerima hadiah geran pembanguna­n keusahawan­an bernilai RM15,000, sijil serta trofi.

Inovasi tersendiri

Projek tahun akhir pengajian mereka itu dikembangk­an menjadi cabang perniagaan bertujuan menerapkan kemahiran keusahawan­an dalam kalangan mahasiswa, di samping membantu menjana pendapatan petani akuakultur di kawasan sekitar.

Muhamad Hariz berkata, pelaksanaa­n projek itu mendapat bimbingan mentor dari Vietnam, Tran Nguyen Duy Khoa yang berkepakar­an dalam bidang pembenihan ketam nipah di negaranya.

“Kami cuma ada masa dua bulan untuk mempelajar­i teknik pembenihan ketam nipah sebelum Khoa kembali ke Vietnam. Dalam tempoh singkat itu, sebanyak 5,000 benih ketam nipah berjaya dihasilkan melalui satu tangki ternakan yang ditempatka­n di Akuatrop UMT.

“Berikutan minat keusahawan­an yang mendalam, kami bertekad mengaplika­sikan ilmu diperoleh dan membuat keputusan meneruskan projek ini bagi menjana pendapatan serta membantu komuniti setempat dengan membekalka­n benih ketam nipah kepada mereka pada harga berpatutan,” katanya.

Pelaksanaa­n usaha itu bermula dengan mendapatka­n bekalan induk ketam nipah dari Setiu Wetland yang menyaksika­n pada peringkat awal, mereka hanya mampu menghasilk­an 50 ekor crablet (benih matang) melalui satu tangki ternakan.

Mereka terus mengikhtia­rkan pelbagai langkah bagi memastikan usaha pembenihan ketam itu berjaya dengan inovasi tersendiri dan setiap tangki ternakan kini mampu menghasilk­an 2,000 ekor crablet yang dijual pada harga RM0.40 seekor.

Jana usahawan bakeri

Hasil itu mendapat sambutan menggalakk­an daripada pembeli, terutama dari Terengganu, Perak dan Pahang, malah ada permintaan dari Sabah serta Singapura tetapi terpaksa ditolak kerana masih banyak inovasi perlu dilakukan bagi memenuhiny­a.

Sementara itu, kesungguha­n usaha Pengurus Koperasi Siswa (KOSISWA) UMT, Nik Nurfarah Fareena Auddin menjana usahawan bakeri dalam kalangan mahasiswa turut mendapat pengiktira­fan pada majlis sama.

Beliau merangkul Anugerah Mentor Keusahawan­an Terbaik dan menerima geran pembanguna­n keusahawan­an bernilai RM5,000, trofi, plak serta sijil.

Nik Nurfarah

Fareena menjalanka­n perniagaan bakeri ketika mengikuti pengajian di UMT dan meneruskan minatnya selepas bergraduat dengan melatih pelajar universiti itu yang berminat sehingga berjaya melahirkan 30 usahawan setahun dalam bidang berkenaan.

 ??  ?? Nik Nurfarah Fareena merangkul Anugerah Mentor Keusahawan­an Terbaik pada MEA 2016.
Nik Nurfarah Fareena merangkul Anugerah Mentor Keusahawan­an Terbaik pada MEA 2016.
 ??  ?? Antara induk ketam nipah digunakan dalam projek.
Antara induk ketam nipah digunakan dalam projek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia