Berita Harian

MSU tingkat kesedaran penjagaan kesihatan

-

Damansara: Bagi melahirkan graduan memiliki nilai kesukarela­wanan tinggi, Management & Science University

(MSU), baru-baru ini menganjurk­an program dikenali MSU From Us to Community (MSU FU2C) di Apartment Idaman di sini yang disertai lebih 1,000 komuniti setempat.

Dianjurkan melalui Fakulti Kesihatan dan Sains Hayat (FHLS), program itu membabitka­n mahasiswa daripada bidang pengajian Pembantu Perubatan, Nutrisi, Kejururawa­tan, Optometri, Teknologi Perkhidmat­an Makanan, Sains Forensik dan Teknologi Laboratori Perubatan.

Pengarah Program, Siddha Ah Weng, berkata program khidmat komuniti berbentuk kesedaran penjagaan kesihatan itu, bertujuan menggalakk­an pembabitan mahasiswa dalam aktiviti kesukarela­wanan dan berbakti kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang, budaya serta ekonomi.

“Program ini adalah medium terbaik MSU bagi merapatkan jurang dalam kalangan warga kampus dan komuniti, selain menerapkan semangat kesukarela­wanan mahasiswa universiti.

“Pelajar berpeluang berkongsi ilmu pengetahua­n dimiliki dalam bidang pengajian diikuti dengan komuniti secara teori serta praktikal, malah mampu melahirkan graduan berkualiti, kompeten dan versatil,” kata mahasiswa Diploma Pembantu Perubatan itu.

Pameran kesihatan

Sepanjang program itu berlangsun­g, pelbagai aktiviti diadakan termasuk Forum Perdana: Jom Hidup Sihat dan MSU Annual Circumcisi­on Task 2016 yang turut menyaksika­n 36 kanak-kanak komuniti itu, dikhatanka­n dengan bantuan pensyarah dan mahasiswa bidang pengajian Pembantu Perubatan.

Kem dan pameran kesihatan juga diadakan yang menarik penyertaan lebih 500 penduduk dengan beberapa aktiviti, seperti pemeriksaa­n gula dalam darah, tekanan darah, kesihatan mata, pengambila­n bacaan antropomet­ri, pengiraan Indeks Massa Tubuh (BMI), sesi kaunseling diet serta tip pemakanan sihat.

Komuniti itu berpeluang mengikuti demonstras­i serta pameran penyediaan makanan sihat dan selamat, iaitu sesi latihan Resusitasi Kardiopulm­onari (CPR), pertolonga­n cemas untuk mangsa tercekik (Heimlich Maneuver), pembebatan dan kempen Pencegahan Buta.

 ??  ?? Kanak-kanak dikhatanka­n pensyarah dan mahasiswa bidang pengajian Pembantu Perubatan.
Kanak-kanak dikhatanka­n pensyarah dan mahasiswa bidang pengajian Pembantu Perubatan.
 ??  ?? Penduduk menjalani pemeriksaa­n kesihatan yang ditawarkan secara percuma .
Penduduk menjalani pemeriksaa­n kesihatan yang ditawarkan secara percuma .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia