Berita Harian

Mahasiswa UM, JASA dekati masyarakat pedalaman Sabah

-

Pensiangan: Bagi mendekati masyarakat pedalaman di Kampung Salinatan di sini, 17 mahasiswa Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah (KKTB) Universiti Malaya (UM) terpaksa menyusuri jalan sungai menaiki bot selama enam jam untuk sampai ke destinasi yang ditetapkan, baru-baru ini.

Program Ekspedisi Kepimpinan Baktisiswa itu dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia yang turut menyertai lawatan itu, bagi mendekati masyarakat pedalaman dengan memberikan sumbangan dan berkongsi pengalaman menerusi aktiviti bersama penduduk.

Peserta dibawa ke pekan Nabawan, yang terletak kira-kira 180 kilometer

(km) dari Kota Kinabalu, untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan melalui sungai pada keesokan harinya.

Belajar sama rata

Pengembara­an sebenar bermula dari pekan Nabawan, apabila peserta perlu menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk sampai ke jeti Kuala Salong.

Peserta kemudian dibahagika­n kepada kumpulan kecil tiga atau empat orang untuk menaiki perahu. Dalam perjalanan ke Kampung Salinatan pula, delegasi ekspedisi turut singgah di Sekolah Kebangsaan (SK) Pensiangan, untuk beramah mesra dengan warga sekolah.

Pelajar Kejurutera­an Pembuatan UM, Mohamad Hafizi Mohamad Hairy Unggang, berkata walaupun kali pertama menjejakka­n kaki di kawasan pedalaman Sabah yang serba kekurangan dari segi kemudahan asas, mereka berjaya menyesuaik­an diri bersama rakan lain.

“Kami akan memastikan hubungan terjalin dengan anak-anak di SK Salinatan tidak terhenti setakat di sini, kerana kami ingin melihat mereka menerima peluang pembelajar­an yang sama dengan rakan seusia mereka di tempat lain.

“Kesemua mahasiswa UM berpeluang mendekati anak-anak sekolah rendah di SK Salinatan dan SK Sibangali dan melakukan aktiviti berkumpula­n serta motivasi,” katanya.

Delegasi itu diketuai oleh Ketua Pengarah

JASA, Datuk Dr Mohd

Puad Zarkashi dan turut disertai Pengarah JASA Sabah, Kelantan, Melaka dan Perlis, pegawai JASA, RTM Sabah dan mahasiswa UM dari pelbagai jurusan.

Perasmian program pada malam terakhir ekspedisi, yang disempurna­kan oleh Dr Mohd Puad dan pemimpin masyarakat tempatan, turut diserikan dengan persembaha­n daripada mahasiswa UM, murid SK Salinatan dan penduduk kampung.

 ??  ?? Murid SK Pensiangan bersama peserta program.
Murid SK Pensiangan bersama peserta program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia