Berita Harian

300 pelajar sertai program Unisza@school, ELP

-

Kuala Nerus: Seramai 300 pelajar dari 23 sekolah menengah imtiaz, sekolah menengah agama dan sekolah harian menyertai program Unisza@school:, Program Pendidikan dan Kepimpinan (ELP) yang berlangsun­g selama sehari di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Gong Badak, di sini, baru-baru ini.

Program anjuran Pusat Komunikasi Korporat (PKK) dengan kerjasama penuntut Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) UNISZA itu bertujuan mempromosi universiti berkenaan sebagai gedung pendidikan tinggi secara meluas kepada pelajar sekolah.

Malah, program yang mengandung­i tiga slot iaitu slot pengenalan, bicara dan pemahaman itu juga bertujuan memberi kefahaman mendalam berkenaan pembudayaa­n penjiwaan wakaf dalam kalangan pelajar.

Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Abd Halim Jusoh, berkata pelajar perlu merebut peluang menyambung pelajaran ke UNISZA kerana itu adalah universiti awam ke-18 sebagai gedung pendidikan tinggi di Pantai Timur.

Pelbagai pengisian

“Saya berharap pelajar yang mengikuti program ini dapat menimba ilmu pengetahua­n dan menjiwai program yang menitikber­atkan kesedaran kepada pelajar mengenai kepentinga­n menerapkan ilmu dan akhlak, seterusnya menanam cita-cita untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Pelbagai pengisian diberikan kepada pelajar pada program ini, termasuk slot pengenalan dan promosi UNISZA, oleh fasilitato­r yang terlatih termasuk daripada siswa dan juga pensyarah,” katanya selepas merasmikan program berkenaan.

Abd Halim berkata, dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), guru dan pelajar, pihaknya yakin elemen berkenaan dapat membantu memastikan setiap pelajar yang mengikuti program itu dapat menunjukka­n perubahan positif dan berpotensi untuk berjaya.

 ??  ?? Abd Halim (empat dari kiri) bersama peserta program Unisza@school, ELP.
Abd Halim (empat dari kiri) bersama peserta program Unisza@school, ELP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia