Berita Harian

Ummu Diyana kental

Sokongan ibu bapa pendorong gadis OKU berjuang

- Oleh Noorazura Abdul Rahman

“Detik hitam itu bermula apabila saya yang tidak sedap badan dan mahu muntah tiba-tiba pengsan lebih 22 jam di dalam kereta pada

Jun 2014, ketika dalam perjalanan pulang dari Politeknik Behrang, Perak ke kampung di Pendang.

“Saya berehat sekejap di Hentian Rawat dan Rehat (RNR) Bukit Gantang, Perak dan perkara terakhir yang saya ingat, saya cuba lelapkan mata tanpa mematikan enjin dan penghawa dingin.

Masalah saraf

“Bagaimanap­un, saya tidak menyangka hanya sedar semula selepas 17 hari koma akibat terhidu karbon monoksida kerana ditemui dalam keadaan mulut berbuih dan mata terbeliak dalam kereta,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chegar di sini baru-baru ini.

Ummu Diyana berkata, doktor tidak dapat mengenal pasti punca sebenar yang berlaku pada saraf pada kakinya sehingga tapak kakinya sakit dan tidak boleh disentuh.

Katanya, doktor berpendapa­tada saraf yang gagal berhubung dengan otak sehingga tidak mampu menghantar rangsangan yang tepat pada kaki.

“Masalah saraf saya ini tiada tempoh masa kerana doktor sendiri tidak dapat memberitah­u waktu yang tepat untuk saya pulih sepenuhnya.

“Biarpun mengalami masalah ini, tetapi dengan sokongan kedua ibu bapa yang tidak pernah jemu.

Saya akan berusaha bersungguh-sungguh membuktika­n yang saya mampu berjaya.

“Saya yang memegang kad orang kurang upaya (OKU) bersyukur kerana UUM peka dengan masalah saya dan menempatka­n di Inasis Petronas UUM yang mempunyai fasiliti OKU,” katanya.

Beliau antara 472 pelajar tempatan dan 43 pelajar antarabang­sa yang mendaftar di UUM, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia