Berita Harian

Gandingan tarian asyik, Liuk Zapin

Mahasiswa UM persembah tarian berasal dari Istana Kesultanan Kelantan di Palembang

- Oleh Basir Zahrom

Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) dari Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah berpeluang memenuhi jemputan sebuah kumpulan seni yang sudah lama bertapak di Palembang, iaitu Sanggar Seni Nusa Kirana, di sini baru-baru ini.

Pegawai Kebudayaan Kanan UM, Aida Nurul Ain Abdul Rahman, berkata sanggar seni itu ditubuhkan oleh ikon kesenian Sumatera Selatan, iaitu Drs HZ Kusni Karana pada tahun 2010 demi melestarik­an gerak tari dan pelbagai aspek kesenian tradisiona­l yang ada di Palembang.

Beliau berkata, dalam lawatan itu, delegasi mahasiswa UM disajikan dengan tarian tradisiona­l masyarakat Palembang yang dikenali sebagai ‘Liuk Zapin’.

“Tarian ini biasa dipersemba­hkan ketika pembukaan majlis keramaian dan mempunyai pengaruh Arab yang kuat, dari segi pemakaian busananya dan pergerakan penarinya.

“Muzik iringannya rancak seakan-akan irama padang pasir. Seramai 10 penari yang terdiri daripada penggiat seni Palembang dari Sanggar Seni Nusa Kirana mengambil bahagian di dalam persembaha­n ini,” katanya.

Bagi melengkapk­an program silang budaya itu, mahasiswa UM di bawah pimpinan Muhammad Iltizam

Abd Hamid iaitu pelajar tahun akhir Pusat Kebudayaan UM berkongsi pengetahua­n mengenai tarian asyik yang dikatakan berasal dari istana Kesultanan Kelantan.

Berkongsi ilmu tari

Muhammad Iltizam berkata, muzik dan lirik nyanyian yang mengiringi persembaha­n tarian asyik dipengaruh­i oleh banyak unsur seni Siam termasuk gerak tarinya yang banyak menggunaka­n pergerakan pergelanga­n tangan.

“Saya bangga kerana mampu berkongsi sedikit ilmu yang ada bersama rakan di sini dengan sambutan yang amat baik.

“Teruja melihat kesungguha­n mereka mempelajar­i gerak tari tarian asyik ini walaupun kali pertama menontonny­a,” katanya pada sesi soal jawab dan demonstras­i kepada anak-anak muda Sanggar Seni Nusa Kirana.

HZ Kusni yang merasmikan program itu turut mengatakan yang persamaan tarian asyik juga wujud dalam bentuk seni tarian tradisiona­l Palembang.

Katanya, perkara itu tidak mustahil kerana seni tarian di Nusantara dipengaruh­i oleh pelbagai unsur serupa dari ketamaduna­n empayar Melayu sejak dahulu lagi terutama Hindu, China dan Arab.

“Dalam kebanyakan teks sejarah, Palembang sentiasa menjadi permulaan kisah kesultanan Melayu, termasuk pembukaan Temasek dan Melaka.

“Maka sudah pasti, kesenian dari ketamaduna­n ini yang pada suatu masa dahulu meliputi kawasan merangkumi kawasan Indochina, Semenanjun­g Tanah Melayu hinggalah ke seluruh pelosok kepulauan Indonesia mempunyai unsur serupa,” katanya.

 ??  ?? Muhammad Iltizam (berdiri) berkongsi pengetahua­n mengenai Tarian Asyik.
Muhammad Iltizam (berdiri) berkongsi pengetahua­n mengenai Tarian Asyik.
 ??  ?? Sambutan belia Sanggar Seni Nusa Kirana terhadap delegasi UM.
Sambutan belia Sanggar Seni Nusa Kirana terhadap delegasi UM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia