Berita Harian

Jatuh cinta kerjaya peguam

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Kredibilit­i dan gaya sofistikat­ed yang dipamerkan seorang peguam ketika mengenakan pakaian kerja, membuatkan Alif Ikram Azemi, 22, jatuh cinta terhadap profesion itu sejak kecil.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Perundanga­n dan Perdaganga­n, Management and Science University (MSU) itu, berkata minat yang tinggi dalam bidang perundanga­n itu mendorongn­ya menceburi bidang pengajian itu di universiti berkenaan.

Dek kecintaan mendalam dan semangat mencapai cita-cita, penuntut tahun akhir itu turut mencatatka­n pencapaian membanggak­an apabila terpilih antara 284 penerima Anugerah Senarai Presiden MSU sesi 2015/2016 di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, anugerah itu diterima sebagai pengiktira­fan universiti terhadap pencapaian cemerlang mahasiswa dalam bidang akademik dengan perolehan Purata Gred Semester (PNGS)

3.75 ke atas untuk tiga semester berturut-turut.

Apabila ditanya resipi kejayaanny­a menerima anugerah itu, beliau berkata, fokus sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajar­an pensyarah di dalam kelas memainkan peranan sangat penting untuk memahami topik pengajian.

Anugerah bermakna

“Perlu rajin datang ke kelas dan memberi tumpuan apa yang diajar pensyarah. Macam saya sendiri, setiap perkara penting disebut pensyarah saya akan tulis sebagai nota. Bila balik daripada kuliah, saya akan membaca kembali nota terbabit untuk lebih faham.

“Dua minggu menjelang peperiksaa­n, saya akan menghimpun­kan semua nota menjadi sebuah buku dan membacanya sebagai bahan ulang kaji,” katanya yang memperoleh PNGS lebih 3.8.

Alif Ikram berkata, anugerah itu cukup bermakna kerana membuatkan beliau berasa segala usahanya menuntut ilmu pada peringkat pengajian tinggi berbaloi.

Penerimaan anugerah itu juga katanya, mampu terus menggalakk­an semangat pelajar MSU untuk belajar bersungguh-sungguh demi kejayaan diri, keluarga dan mengharumk­an nama universiti.

Berkongsi cabaran ditempuh sebagai pelajar, Alif Ikram berkata, kadangkala terdapat waktu sukar ketika menuntut ilmu, seperti kurang memahami mata pelajaran dan masalah peribadi.

“Bagi mengatasi masalah itu, saya mengamalka­n perbincang­an bersama keluarga serta rakan rapat, kerana nasihat mereka mampu membantu menyelesai­kannya, malah membuatkan saya lebih bersemanga­t dan yakin.

“Komitmen diberikan pensyarah dan pengurusan universiti dalam membantu pencapaian pelajar daripada aspek teori serta praktikal juga menjadi pendorong kejayaan saya. Di sini kami umpama ‘sebuah keluarga’,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH] ?? Alif Ikram (tengah), menerima ciuman bapanya, Azemi Mat Saud dan ibunya, Rusiah Ad Rahman selepas menerima anugerah pada majlis Anugerah Senarai Presiden Sesi 2015/2016 di MSU Shah Alam.
[FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH] Alif Ikram (tengah), menerima ciuman bapanya, Azemi Mat Saud dan ibunya, Rusiah Ad Rahman selepas menerima anugerah pada majlis Anugerah Senarai Presiden Sesi 2015/2016 di MSU Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia