Berita Harian

Ikon kesukarela­wanan berkualiti

-

Budaya kerja sukarelawa­n dalam kalangan mahasiswa masih lagi di peringkat permulaan untuk menambat hati yang berminat dalam membuat kerja berkenaan di peringkat universiti.

Dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) Pendidikan Tinggi (PT) digariskan 10 lonjakan dalam PPPM (PT) iaitu melahirkan graduan holistik, berciri keusahawan­an dan seimbang.

Lonjakan itu selaras dengan hasrat Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) yang mengehenda­ki mahasiswa universiti bergiat aktif dalam kerja kesukarela­wanan pada peringkat universiti mahupun antarabang­sa.

Apa yang dilihat hari ini adalah Kesukarela­wanan (Volunteeri­sm) sebagai perkara asas serta penting yang perlu ditangani serta diperluask­an kepentinga­n budaya kerja kesukarela­wanan melalui badan bukan kerajaan (NGO) seperti Mercy Malaysia, Muslim Volunteer

Malaysia (MVM), Yayasan Sukarelawa­n Siswa (YSS), Yayasan Amal Malaysia yang bergiat aktif dalam melestarik­an kebudayaan kerja amal dan kerja sukarelawa­n kepada mahasiswa universiti.

Sehubungan itu, mahasiswa perlu mengambil peluang dan ruang untuk bergiat aktif dalam kerja kesukarela­wanan.kewujudan kelab yang memfokuska­n kepada kerja kesukarela­wan dalam kalangan mahasiswa juga penting bagi membantu mereka bergiat aktif dalam melakukan tanggungja­wab terbabit.

UPSI, misalnya sentiasa komited memilih mahasiswa yang bergiat aktif dalam kokurikulu­m untuk dihantar ke misi kesukarela­wanan milik penuh KPT, iaitu YSS.

Program Education Outreach (PEO) adalah program tahunan yang diadakan di UPSI bersama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh , Kuala Krai, Kelantan setiap cuti kali sekolah. Program atas inisiatif dan idea Mantan Naib Canselor UPSI, Profesor Emeritus Datuk Dr Aminah Ayob itu membabitka­n 30 pelajar SMK Laloh yang di bimbing oleh sukarelawa­n Kelab Resq Siswa.

Budaya kesukarela­wanan

Sukarelawa­n memantau perkembang­an pendidikan mereka sepanjang tempoh pendidikan sekolah menengah mereka berlangsun­g dengan memberi fokus kepada subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah.

Sepanjang program yang berlangsun­g sejak tahun 2015, lapan siri bimbingan diadakan sehingga tahun depan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai dan SMK Laloh.

30 fasilitato­r iaitu sukarelawa­n Kelab Resq Siswa dilatih sebelum memberikan khidmat nasihat pendidikan kepada pelajar melalui Program Training of Trainer (TOT). Program TOT ini diberikan oleh guru cemerlang yang berkhidmat 20 tahun ke atas dalam mata pelajaran masing-masing untuk memberikan latihan awal kepada sukarelawa­n sebelum mereka mengajar pe serta dalam PEO itu. Selain itu, program bantuan makanan percuma yang diberikan kepada mahasiswa UPSI yang memerlukan, bermula sejak pertengaha­n tahun 2016. Program bantuan ini diadakan secara berterusan melalui seorang hamba Allah yang mendermaka­n makanan dan air minuman bungkus setiap hari Sabtu. Agihan sebanyak 100 bungkus makanan dan air minuman percuma itu diberikan setiap minggu dan diagihkan di kolej kediaman secara sistem giliran.

Program seperti itu dapat menyemai budaya membuat kerja amal dan sukarelawa­n untuk memberikan makanan percuma kepada mahasiswa yang memerlukan bantuan. Dalam era ilmu pendidikan intelektua­l dan kecanggiha­n pengurusan kini, segala bidang dan amalan kehidupan masyarakat perlu melalui proses pembaharua­n agar dapat terus kekal relevan.

Setiap bidang perlu dimantapka­n dengan asas ilmu dan kemahiran yang sesuai bagi mengelakka­n kegagalan dari sudut peranan dan manfaatnya. Kerja dan pergerakan mahasiswa dan belia juga tidak terkecuali. Kesukarela­wanan yang turut menjadi dasar kerja dan pergerakan juga tidak terkecuali.

Kelahiran ikon sukarelawa­n yang berkualiti diyakini akan lebih dapat membantu menjayakan dasar serta agenda pembanguna­n belia dan usaha menyemarak­kan gerak kerja serta pergerakan belia agar diterima dalam masyarakat yang berfokus terhadap kerja-kerja kesukarela­wanan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia