Berita Harian

SL1M buka peluang graduan timba pengalaman kerjaya

Sekretaria­t akui sambutan sektor swasta masih hambar walaupun PM sudah beri peringatan

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Orang ramai berpusu-pusu untuk menyertai temu duga terbuka peringkat zon tengah sempena program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di PWTC, semalam.

Sekretaria­t program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) akan menghubung­i Kementeria­n Kewangan dalam tempoh terdekat, bagi mendapatka­n senarai syarikat di Bursa Malaysia, yang mendapat kontrak kerajaan tetapi belum menyertai program itu.

Ketua Sekretaria­t, Norashikin Ismail, mengakui setakat ini sambutan daripada syarikat swasta sebagai peserta program terbabit, masih hambar biarpun sudah diberi peringatan mengenainy­a oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kurang 10 syarikat terbabit

Norashikin berkata, berdasarka­n senarai diperoleh kelak, pihaknya merancang berjumpa wakil setiap syarikat berkenaan, bagi mempelawa mereka mengambil bahagian dalam program yang dianjurkan sejak Jun 2011 itu.

“Ketika ini, kurang daripada 10 syarikat swasta besar terbabit dengan SL1M, daripada 200 syarikat yang sudah mengambil bahagian.

“Kebanyakan peserta adalah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Kita harap selepas ini akan lebih banyak syarikat swasta dapat mengambil bahagian,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri kelmarin, bahawa pembabitan dalam SL1M, akan dijadikan prasyarat kepada syarikat besar untuk mendapatka­n kontrak kerajaan.

Program Temu Duga Terbuka SL1M Zon Tengah berlangsun­g selama dua hari berakhir semalam dan dikelolaka­n oleh Unit Perancanga­n Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Kebanyakan peserta SL1M adalah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Kita harap selepas ini akan lebih banyak syarikat swasta dapat mengambil bahagian ” Norashikin Ismail, Ketua Sekretaria­t SL1M

 ??  ??
 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] ?? Pengunjung melihat tawaran kerja yang diiklan pada Program Temuduga Terbuka SL1M Zon Tengah di PWTC, semalam.
[FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] Pengunjung melihat tawaran kerja yang diiklan pada Program Temuduga Terbuka SL1M Zon Tengah di PWTC, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia