Berita Harian

Langkah ubah struktur urus ekonomi tepat: Najib

GST, rasionalis­asi subsidi tambah hasil negara, jayakan program rakyat

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@bh.com.my

Langkah berani kerajaan melakukan perubahan struktur dalam mengurus ekonomi adalah keputusan tepat bagi menambah hasil negara dan meletakkan ekonomi pada landasan kukuh, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, ia termasuk melaksanak­an sistem percukaian baharu, cukai barang dan perkhidmat­an (GST) serta rasionalis­asi subsidi.

Namun, katanya, kejayaan itu tidak datang dengan mudah kerana kerajaan terpaksa membuat beberapa keputusan agak sukar dan mencabar, tetapi amat perlu bagi berdepan cabaran persekitar­an ekonomi global yang tidak menentu.

“Kalau kita tiada asas ekonomi kukuh dan tidak elak ketirisan, kita tidak boleh mencapai kadar pertumbuha­n agak tinggi atau sederhana tinggi yang diharapkan.

“Kalau tidak berani buat perubahan struktur bagi membetulka­n kelemahan atau kepincanga­n tertentu, tidak mungkin kita dapat meletakkan ekonomi atas landasan yang kukuh, malah dalam aspek kesejahter­aan rakyat juga mungkin sukar ditunaikan.

2 negara ikut langkah Malaysia

“Apabila buat GST, kita dapat hasil sampai RM41 bilion tahun lalu. Itu langkah yang amat berani dan dua negara akan ikut langkah kita,” katanya berucap pada Majlis Sanjungan Budi Setulus Ingatan Tahun 2015 dan 2016 Perbendaha­raan Malaysia, di sini semalam.

Perdana Menteri berkata, India akan mula melaksanak­an GST pada April tahun depan dengan kadar cukai tertinggi sebanyak 23 peratus, selain Arab Saudi yang akan melaksanak­an sistem percukaian berkenaan buat pertama kali.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan berani membuat perubahan kerana mempunyai perancanga­n untuk negara yang turut didorong oleh kesungguha­n politik.

“Bukan mudah nak laksanakan GST. Ramai orang kata, nasihat saya jangan buat GST, kalau buat pasti kalah pilihan raya, tapi di Sarawak (pilihan raya negeri) tahun lalu, meskipun ditiup isu GST, kita menang dengan cemerlang.

“Apabila buat GST, hasil negara bertambah. Walaupun harga minyak merudum, kita boleh meneruskan segala usaha, program bantuan untuk kesejahter­aan rakyat. Begitu juga rasionalis­asi subsidi, daripada subsidi pukal, kita buat subsidi bersasar.

“Ini pun sudah menunjukka­n hasil yang begitu baik. Tidak dilupa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ada yang kritik, tapi sebenarnya rakyat suka BR1M. Saya sudah uji perkara ini dan berani katakan, rata-rata rakyat suka dan sokong BR1M,” katanya.

Pada majlis yang turut dihadiri Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah itu, seramai 52 pegawai kanan dan kakitangan Perbendaha­raan diraikan.

Kalau tidak berani buat perubahan struktur bagi membetulka­n kelemahan atau kepincanga­n tertentu, tidak mungkin kita dapat meletakkan ekonomi atas landasan yang kukuh, malah dalam aspek kesejahter­aan rakyat juga mungkin sukar ditunaikan ” Najib Razak, Perdana Menteri

 ?? [FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] ?? Najib diiringi Johari menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri, Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar pada Majlis Sanjungan Budi Setulus Ingatan Tahun 2015 dan 2016 Perbendaha­raan Malaysia di Kementeria­n...
[FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] Najib diiringi Johari menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri, Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar pada Majlis Sanjungan Budi Setulus Ingatan Tahun 2015 dan 2016 Perbendaha­raan Malaysia di Kementeria­n...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia