Berita Harian

Presiden baharu FAS

Subahan sedia undur jika gagal julang piala

-

Apa perasaan Datuk Seri apabila menang tanpa bertanding jawatan Presiden FAS?

Alhamdulil­lah saya dan barisan kepemimpin­an atau pengurusan baharu diberikan mandat oleh majoriti daripada 95 kelab bola sepak yang aktif di Selangor untuk menerajui

FAS selama sepenggal. Jadi biar kami fikirkan bagaiamana untuk memastikan menguruska­n pasukan Selangor dengan baik. Bagaimanap­un, apabila menang tanpa bertanding saya rasa amat terharu, khuatir dan risau. Jadi 2017 adalah tahun untuk kita mengenal pasti dan mencari jalan terbaik untuk menyelesai semua masalah bagi memastikan kita dapat kembali ke landasan lebih kuat pada 2018. Namun, saya tetap bangga dengan pencapaian Selangor ketika ini walaupun dibarisi ramai pemain daripada skuad Piala Presiden tetapi mereka dapat memastikan The Red Giants berada di tangga keempat atau kelima di kedudukan Liga Super. Apabila amanah ini diberikan maka saya kena teruskan. Saya juga yakin ramai orang mungkin kata dia boleh memimpin FAS tetapi percayalah ia bukan satu perkara mudah seperti diperkatak­an. Ini bukan satu tanggungja­wab yang mudah, anda mestilah seseorang yang betul-betul kaya atau tahu bagaimana untuk mendapatka­n wang bagi menaja pasukan terbabit. Ini penting kerana ramai orang bergantung harap kepada kita termasuk pemain, kakitangan dan sebagainya. Jadi bola sepak adalah sukan yang sangat mahal hari ini.

Apakah perubahan atau langkah pertama diambil Datuk Seri bagi mengubah FAS?

Apa yang paling penting sekarang ialah kita kena cari sebanyak mungkin dana untuk memperkuku­hkan FAS. Sebab itulah saya bawa ramai tokoh korporat seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MRT Corp, Datuk Seri Shahril Mokhtar dan Pengarah MSM Malaysia Holdings Berhad, Datuk Lim Thean Shiang ke dalam FAS. Bagaimanap­un, saya perlu mengadakan mesyuarat pertama EXCO FAS dalam tempoh tidak sampai dua minggu dari sekarang untuk menerangka­n kepada mereka mengenai hala tuju dan perancanga­n kita. Tetapi perkara paling penting ialah kita perlu menyusun strategi bagi memastikan The Red Giants kekal di Liga Super pada musim depan.

Apa pendekatan yang bakal digunakan Datuk Seri dalam mengendali­kan pasukan Selangor dan FAS?

Saya bukan jenis Presiden yang hanya akan turun padang (stadium) apabila pasukan Selangor menang perlawanan atau menjulang piala sahaja. Tetapi saya akan menjadi seorang presiden persatuan bola sepak yang akan sentiasa turun padang untuk bertanya khabar masalah pemain dan pergi ke kelab bawahan kerana merekalah nadi sebenar pasukan ini. Jadi saya akan gunakan pendekatan berbeza iaitu ‘Hand-on Presiden’. Malah, singkatan nama saya sendiri iaitu SK (Subahan Kamal) menggambar­kan bahawa saya seorang yang kuat bekerja bagi memastikan saya berasa sentiasa muda. Jadi saya akan memberikan khidmat terbaik.

Apakah KPI pertama yang harus dicapai FAS dalam tempoh terdekat?

Pada peringkat awal ini keutamaan kepemimpin­an baharu FAS dilantik hari ini adalah memastikan kita mempunyai dana mencukupi setiap musim termasuk untuk tujuan membayar gaji pemain/pegawai serta membentuk pasukan lebih mantap musim depan. Ini penting kerana FAS sekarang adalah antara kelab kerdil yang mempunyai peruntukan terhad atau ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jadi, biarlah kami selesai tugas kami untuk musim ini dulu, selepas kamu boleh buat penilaian sendiri sama kami dapat lakukan lebih baik atau sebaliknya.

Adakah Datuk Seri sedia ‘turun’ dari singahsana kerusi panas selaku Presiden FAS sekiranya gagal melaksanak­an pembaharua­n?

Saya rasa kami semua tidak akan memegang jawatan dalam FAS terlalu lama. Oleh itu, jika saya gagal atau saya rasa kurang berjaya maka kami perlu undur diri secara terhormat daripada menerajui FAS bagi memberi laluan kepada individu atau tokoh lebih layak. Oleh itu saya mohon supaya apabila kami sudah menang tanpa bertanding jangan ada lagi cerita-cerita sumbang memburukka­n dan menidakkan kebolehan kami. Bagaimanap­un, prestasi cemerlang pasukan Selangor akan sentiasa menjadi indeks prestasi utama (KPI) barisan EXCO dan pengurusan baharu FAS, walaupun kami suka atau tidak. Penyokong Selangor juga kena faham bahawa kejayaan tidak boleh direalisas­ikan dalam masa singkat atau satu malam sahaja. Berilah masa dan insya Allah kami akan meletakkan The Red Giants dan FAS di landasan betul. Saya juga percaya individu lain bakal mengambil alih jawatan selaku Presiden FAS mampu membawa Selangor ke tahap lebih tinggi.

 ??  ??
 ?? [ FOTO OSMAN ADNAN / BH ] ?? Subahan (kiri) ketika ditemubual wartawan BH di Geno Hotel, baru-baru ini.
[ FOTO OSMAN ADNAN / BH ] Subahan (kiri) ketika ditemubual wartawan BH di Geno Hotel, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia