Berita Harian

ANAK EXCO JOHOR DITAHAN KES RASUAH

SPRM tahan 5 yang lain, beku 45 akaun RM15.5 juta, rampas 21 kereta mewah, 5 motosikal dan wang tunai RM500,000

- Oleh Junita Mat Rasid, Mohd Fahmi Mohd Yusof dan Ilah Hafiz Aziz

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu, termasuk anak EXCO kerajaan negeri dan membekukan 45 akaun bank bernilai RM15.5 juta dalam skandal rasuah dan penyelewen­gan hartanah di Johor.

Yang dirampas termasuk 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi dan wang tunai RM500,000.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a Operasi SPRM, Datuk Azam Baki, berkata suspek berusia 25 hingga 50 tahun ditahan di beberapa lokasi di bandar raya ini dalam operasi serentak kirakira jam 8.30 pagi, semalam.

“Yang turut ditahan ialah dua pemaju hartanah, seorang peguam dan orang awam yang dipercayai terbabit dalam skandal terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata, semua suspek disyaki bersubahat dalam penguranga­n premium tanah yang diluluskan untuk projek perumahan dan perindustr­ian serta penukaran status premis di Johor sehingga menyebabka­n kerugian berjuta ringgit kepada hasil pendapatan kerajaan negeri Johor.

Azam berkata, berkata SPRM kini dalam proses meneliti semua dokumen yang dirampas berhubung penyelewen­gan hartanah di Johor, selain dijangka memanggil beberapa orang lagi saksi bagi membantu melengkapk­an siasatan kes berkenaan.

Penolong Pendaftar Mahkamah, Noor Hidayah Abdul Manaf membenarka­n semua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Jumaat depan bagi membantu siasatan lanjut kes berkenaan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menyerahka­n kepada SPRM menyiasat kes itu.

MB Johor enggas ulas kes

Ketika ditanya mengenai penahanan membabitka­n anak dan pegawai khas seorang EXCO kerajaan negeri, Mohamed Khaled enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

“Saya tak nak komen yang itu (kenyataan SPRM), biarlah SPRM (jalankan siasatan). Itu tak perlu komen,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Gelang Patah di sini, semalam.

Dalam kes berasingan, tiga penyelia kem tentera berusia 33 hingga 43 tahun ditahan SPRM di Kota Bharu, Kuantan dan Kluang semalam, kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah membabitka­n tender penyenggar­aan di beberapa negeri. Mereka semua ditahan antara jam 4.30 petang dan 6.50 petang di Ibu Pejabat SPRM Kuantan ketika hadir untuk memberi keterangan.

Penahanan itu, susulan penangkapa­n dua pegawai dan anggota tentera masing-masing berpangkat Leftenan Kolonel dan Staf Sarjan kelmarin kerana dipercayai memperoleh keuntungan ‘atas angin’ di Unit Senggaraan, Zon Timur, kelmarin.

Pembabitan orang tengah

Menurut sumber, siasatan mendapati wujud pembabitan orang tengah dalam proses kelulusan tender penyenggar­aan bernilai kurang daripada RM50,000 di kem tentera di beberapa negeri termasuk Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Azam ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan itu dan berkata pihaknya akan menyiasat secara mendalam serta meneliti setiap dokumen berhubung projek penyenggar­aan yang telah diluluskan sebelum ini.

“SPRM menerima banyak aduan berhubung perkara itu khususnya pegawai menggunaka­n kemudahan yang disediakan di kem berkenaan,” katanya.

Majistret Nurunaim Abdullah membenarka­n perintah reman selama enam hari terhadap ketiga-tiga suspek bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Semua suspek disyaki bersubahat dalam penguranga­n premium tanah yang diluluskan untuk projek perumahan dan perindustr­ian serta penukaran status premis di Johor” Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a Operasi SPRM

 ??  ??
 ?? [IHSAN SPRM JOHOR] ?? Anggota SPRM mengiringi suspek di Kota Tinggi, semalam.
[IHSAN SPRM JOHOR] Anggota SPRM mengiringi suspek di Kota Tinggi, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? Sebahagian kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi yang dirampas oleh SPRM.
Sebahagian kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi yang dirampas oleh SPRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia