Berita Harian

Jejak Wira Piala Thomas 1992

Han Jian silap tidak pilih saya perseorang­an ketiga: Ewee Mun

- Oleh Haika Khazi mfaizultbh.com.my Shah Alam

Malaysia muncul juara Piala Thomas 1992 kerana skuad badminton negara mempunyai ramai pemain berbakat yang mempunyai tahap disiplin, kesungguha­n dan kerjasama berpasukan serta semangat juang tinggi.

Malah, hubungan antara pemain dengan pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan jurulatih ketika itu umpama sebuah keluarga besar selepas Skuad Piala Thomas 1992 mula dibentuk sejak 1988 lagi.

Pemain simpanan Skuad Piala Thomas 1992, Wong Ewee Mun, berkata kehadiran ramai pemain berbakat membuatkan jurulatih dan pengurusan pasukan Malaysia hampir pecah kepala untuk memikirkan dan memilih siapakah pemain perseorang­an dan beregu yang bakal mewakili negara.

Sebagai contoh Ewee Mun berkata walaupun tidak pernah diturunkan sepanjang pusingan akhir Piala Thomas 1992, namun prestasi beliau tidak jauh bezanya dengan Kwan Yoke Meng yang diturunkan selaku pemain perseorang­an ketiga Malaysia.

Bagaimanap­un, jurulatih perseorang­an negara ketika itu, Han Jian tetap mempertaha­nkan Yoke Meng sebagai calon paling sesuai untuk perseorang­an ketiga.

Justeru, Han Jian mengakui kekalahan Yoke Meng kepada Wong Ewee Mun 1015, 153, 1315 pada perlawanan ujian sebelum pusingan akhir Piala Thomas 1992 bermula di Stadium Negara, tidak mengubah pendapat Han Jian mengenai pemilihan pemain

perseorang­an ketiga Malaysia.

Format lama ada kelebihan

“Saya terpaksa akur kerana Han Jian menegaskan bahawa beliau lebih percayakan Yoke Meng kerana lebih senior dan berpengala­man serta mempunyai corak permainan lebih meyakinkan untuk mencabar pemain dari luar negara berbanding saya.

“Bagaimanap­un, Yoke Meng gagal mencapai tahap diharapkan apabila sering melakukan kesilapan dan gagal membaca kelajuan angin sehingga sering kalah mudah.

“Justeru, saya berpandang­an sebenarnya lebih baik jurulatih menurunkan saya selaku pemain perseorang­an ketiga bagi mengutip pengalaman bermain di Piala Thomas,” katanya Ewee Mun yang berusia 21 tahun ketika itu.

Biar pun tidak pernah diturunkan, namun Ewee Mun tetap teruja dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi serta bersorak sehingga hampir hilang suara untuk membakar semangat rakan sepasukan yang beraksi di gelanggang.

Mengulas lanjut, Ewee Mun, berkata dari segi corak latihan yang diterapkan oleh jurulatih ketika itu tidak jauh bezanya daripada sekarang tetapi apa lebih penting adalah kemahuan dan kesungguha­n serta semangat juang ditunjukka­n pemain badminton negara dulu jauh lebih tinggi daripada sekarang.

“Bagaimanap­un, sesiapa yang mempunyai corak permainan agresif dan kelajuan smash memberi kelebihan kepada pemain badminton sekarang.

“Di zaman kami dulu sistem kiraan 15 mata pula memberi kelebihan kepada pemain yang mampu bermain dalam tempoh jangka lama dan tahap kecergasan tinggi,” katanya.

 ??  ?? Ewee Mun (kiri) bersama rakan sepasukan selepas sesi latihan persiapan ke Piala Thomas.
Ewee Mun (kiri) bersama rakan sepasukan selepas sesi latihan persiapan ke Piala Thomas.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia