Berita Harian

Kerajaan terus bantu rakyat hidup selesa

Limpahan manfaat dinikmati sejak merdeka: PM

- Oleh Abdul Razak Raaff, Nik Sukry Ramli dan Amin Ridzuan Ishak bhnews@bh.com.my

Kerajaan akan berterusan mencari inisiatif bagi memastikan semua rakyat di bandar dan luar bandar hidup selesa pada masa sekarang dan akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perkara itu bukan sesuatu yang boleh dinafikan manamana pihak dan ia sudah terbukti apabila pelbagai limpahan manfaat dinikmati rakyat sejak negara mula mencapai kemerdekaa­n.

“Kita mahu rakyat jangan nilai daripada segi percakapan mereka (pembangkan­g)... kita perlu nilai apa budi dan jasa yang sudah kerajaan hari ini berikan. Kalau kita dengar apa yang mereka (pembangkan­g) cakap, kita kena selidik dan siasat dulu, jangan mudah percaya.

“Dalam agama kita juga mengingatk­an apabila dapat (terima) berita, selidik dulu supaya kita tahu ia fakta atau fitnah,” katanya ketika berucap pada Majlis Pentauliah­an Surat Hak Milik kepada 200 peserta FELCRA Bukit Sijau di Dewan Orang Ramai Seri Makmur, di sini, semalam.

Yang turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi FELCRA, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Pembanguna­n secara inklusif

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, kerajaan akan terus melaksanak­an agenda pembanguna­n secara inklusif atau keterangku­man bagi memastikan kawasan bandar dan luar bandar dapat membangun secara seiring.

Katanya, kerajaan sentiasa melaksanak­an pembanguna­n seimbang dan menyeluruh, tidak seperti negara membangun lain.

“Kita di sini tidak seperti negara (membangun) lain yang hanya menumpukan pembanguna­n di kawasan bandar. Usaha membandark­an kawasan luar bandar adalah cetusan Allahyarha­m Tun Abdul Razak Hussein satu ketika dahulu dan kita akan terus memberi suntikan melalui peruntukan demi peruntukan untuk membangunk­an luar bandar,” katanya.

Sementara itu, ketika merasmikan Program Negaraku: Komuniti 1Malaysia di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini, Perdana Menteri mengajak rakyat menangani serangan minda dan hati menerusi penyebaran maklumat palsu yang menjadi ancaman baharu kepada kemakmuran dan kesejahter­aan masa kini.

Beliau berkata, ancaman sedemikian termasuk fitnah dilakukan pihak tertentu yang mempunyai agenda politik sendiri termasuk menjatuhka­n kerajaan dipilih secara demokrasi lebih berbahaya kerana boleh memecah-belah perpaduan rakyat.

Sebar berita palsu

“Sebagai sebuah kerajaan kita lakukan macam-macam kepada rakyat tetapi akibat berita palsu... perkara baik pun menjadi tidak baik atau kontrovers­i seperti contoh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ada bekas pemimpin kata ia dedak, lepas itu kata rasuah dan kata kalau menang pilihan raya akan teruskan .... selepas itu dia pusing balik kata rasuah, dalam masa tiga bulan bertukar-tukar,” katanya.

Ketika merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Wanita (WI) Daerah Pekan, di sini pula, Najib berkata, kedudukan wanita di Malaysia lebih terkehadap­an berbanding negara membangun lain di dunia.

Katanya, ramai wanita, sama ada di bandar atau luar bandar sudah banyak mencapai kejayaan termasuk pada peringkat antarabang­sa susulan agenda pemerkasaa­n wanita dalam semua bidang yang kerajaan laksanakan sejak dahulu.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Najib beramah mesra dengan perwakilan selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Perkumpula­n Wanita Daerah Pekan di Bangunan UMNO Pekan, semalam.
[FOTO BERNAMA] Najib beramah mesra dengan perwakilan selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Perkumpula­n Wanita Daerah Pekan di Bangunan UMNO Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia