Berita Harian

Peluang perkukuh ekonomi, pelaburan

Kunjungan bakal tingkat hubungan pelbagai sektor

- Oleh Alzahrin Alias

Kunjungan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz AlSaud ke Malaysia, bukan saja menjadi medan merapatkan hubungan diplomatik kedua-dua negara, tetapi juga sebagai batu loncatan memperkuku­hkan ekonomi dua hala.

Presiden Dewan Perniagaan Arab Malaysian (AMCC), Mohamed Fauzy Abdul Hamid, berkata kunjungan itu bakal membuka lembaran baharu kepada pelaburan Malaysia ke Arab Saudi dan sebaliknya.

Katanya, nilai pelaburan yang bakal dicapai kelak mampu menjana pelaburan yang tinggi untuk ekonomi kedua-dua negara.

Bentuk jaringan kerjasama

“Kami boleh bekerjasam­a dengan pelabur dari Arab Saudi melalui padanan perniagaan, sekali gus membentuk jaringan kerjasama memandangk­an Arab Saudi juga, antara negara Islam yang besar dan mempunyai nilai ekonomi tinggi.

“AMCC juga berharap kunjungan Raja Arab Saudi ini bakal mengubah dasar perniagaan di sana yang ketika ini memerlukan pegangan dari usahawan tempatan bagi syarikat luar negara yang ingin membuka perniagaan di sana, juga dari segi protokol dan proses dokumentas­i pekerjaan.

Teroka pasaran baharu

“Lawatan ini tepat pada masanya di mana keadaan ekonomi yang muram, membolehka­n kita menerokai pasaran baharu di luar negara,” katanya kepada BH.

Mohamed Fauzy berkata, dasar perniagaan Arab Saudi dilihat penting bagi memudahkan pelabur Malaysia memasuki pasaran Arab Saudi terutama bagi membekalka­n produk halal.

Katanya, Malaysia mempunyai kemampuan membekalka­n produk halal yang diakui seluruh dunia dan dengan kunjungan delegasi Arab Saudi ini, ia dilihat sebagai pintu untuk usahawan Malaysia memasarkan produk mereka ke sana.

“Dalam liga Arab, Arab Saudi dilihat sebagai ketua dan pemangkin utama dari segala segi, terutama ekonomi. Jika jalinan perniagaan dapat dicapai, kita bukan sahaja dapat memasuki Arab Saudi, malah seluruh negara Asia Barat lain.

“Banyak produk dan perkhidmat­an yang boleh disalurkan ke sana, bukan sahaja dari segi memasarkan produk halal, malah kepakaran lain seperti teknologi, sains, pembinaan dan infrastruk­tur. Ia peluang bukan sahaja kepada syarikat besar tetapi juga kepada perusahaan kecil dan sederhana,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Anggota polis pertingkat kawalan keselamata­n sempena lawatan Raja Salman Abdulaziz Al-saud bermula hari ini.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Anggota polis pertingkat kawalan keselamata­n sempena lawatan Raja Salman Abdulaziz Al-saud bermula hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia