Berita Harian

Pusat Sehenti Visa Xiamen dibuka

Pembukaan mampu tarik sehingga sejuta pelancong ke Malaysia: TPM

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan meluluskan serta-merta pembukaan Pusat Sehenti Visa kelima di China, iaitu di Xiamen di wilayah Fujian.

Timbalan Perdana Menteri berharap pembukaan pusat sehenti itu mampu menarik sehingga sejuta pelancong dari wilayah berkenaan ke Malaysia pada tahun ini.

Sehubungan itu, beliau akan mengarahka­n Jabatan Imigresen dan vendor berkaitan untuk melaksanak­an arahan terbabit dengan segera.

“Saya ingin mengumumka­n bahawa saya bersetuju untuk mengarahka­n pihak vendor untuk membuka pusat sehenti lain di bandar sedang membangun di seluruh China bagi menarik lebih ramai pelancong negara itu ke Malaysia.

“Saya berharap apabila perluasan ini dilakukan, ia tidak akan disalahgun­akan. Kita tidak akan berkomprom­i dari segi keselamata­n dan menjaga kesejahter­aan sosial di Malaysia.

Datang untuk berbelanja

“Kita mahu mereka (pelancong) datang untuk berbelanja membeli atau menikmati produk pelanconga­n kita, bukan datang ke Malaysia untuk bekerja pada lewat malam atau di tempat yang akhirnya mereka membawa duit keluar dari Malaysia ke negara mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pameran pelanconga­n Persatuan Pelanconga­n Dalam Negeri Malaysia (MITA), di sini, semalam, yang turut dihadiri Presiden MITA, Uzaidi Udanis.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan juga bersetuju meluluskan peruntukan RM1 juta kepada MITA bagi membantu mereka menganjurk­an pameran itu dengan lebih hebat lagi pada tahun depan.

Beliau turut mencabar penganjur supaya menarik lebih ramai penyertaan pempamer di pameran itu pada tahun depan iaitu sebanyak 1,000 pempamer berbanding 650 tahun ini.

Kita mahu mereka (pelancong) datang untuk berbelanja membeli atau menikmati produk pelanconga­n kita, bukan datang ke Malaysia untuk bekerja pada lewat malam atau di tempat yang akhirnya mereka membawa duit keluar dari Malaysia ke negara mereka” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Ahmad Zahid merasmikan pameran pelanconga­n MITA di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO BERNAMA] Ahmad Zahid merasmikan pameran pelanconga­n MITA di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia