Berita Harian

Pertahan kedaulatan, awasi serangan media

-

Ada yang bimbang dan bertanya sama ada pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di klia2 pada 13 Februari lalu akan menyebabka­n kedua-dua negara berbalah dan menggugat hubungan diplomatik. Kejadian sepatutnya disiasat sebagai kes jenayah, kini menjejaska­n hubungan Malaysia-korea Utara, berikutan kenyataan biadab Duta Besarnya, Kang Chol. Pada sidang media di hadapan pejabatnya di Damansara, Kuala Lumpur, sudah membuat tuduhan melampau konon Malaysia cuba menyembuny­ikan sesuatu dan bersekongk­ol dengan ‘musuhnya’ dalam penyiasata­n kes itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bingkas membuat kenyataan balas dengan menyatakan dakwaan itu sebagai tidak wajar dan dianggap biadab dari segi diplomatik. Najib secara tegas memberitah­u Korea Utara bahawa Malaysia bukan ‘kuda tunggangan’ kepada manamana negara dalam siasatan kes itu. Kes bunuh kini secara tibatiba menjadi isu hubungan dua hala, berpunca daripada tindak tanduk negara itu. Kita terpaksa memanggil balik duta kita di sana, Mohamad Nizan Mohamad. Rakyat Malaysia juga tidak digalakkan ke Korea Utara kerana kerajaan bimbang berlaku perkara tidak diingini. Namun, Malaysia menerusi Wisma Putra yang diterajui Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman bijak dalam menyusun atur strategi menangani kemelut ini kerana tidak mahu Malaysia dilihat seperti bermusuhan dengan Korea Utara dan menyebelah­i ‘pihak berkepenti­ngan yang tidak mesra’ dengan negara itu. Sebagai diplomat, beliau bertindak secara diplomasi dalam menjaga hubungan antarabang­sa Malaysia dengan negara lain sambil memastikan kemelut dengan Korea Utara ini dapat diatasi secara bijak tanpa perlu meneruskan sengketa. Kita tetap bertegas siasatan kes perlu dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan kerana pembunuhan menggunaka­n agen saraf VX beracun itu berlaku di bumi Malaysia. Korea Utara tidak sepatut campur tangan kecuali sematamata mahu menutup rahsia mereka terbabit dalam kejadian itu. Modus operandi pembunuhan oleh ejen perisik dan racun amat sinonim dengan negara berkenaan. Namun, bagi mengelakka­n kekeliruan sehingga boleh mengeruhka­n lagi keadaan, wajar pihak berkuasa negara kita menangani isu ini secara bijaksana khususnya apabila berdepan dengan media dari Korea Utara, selain ‘musuhnya’ yang sengaja mahu mengambil kesempatan dan sentiasa mengintai peluang. Tragedi MH370 dan MH17 meletakkan Malaysia dalam perhatian dunia beberapa tahun lalu perlu dijadikan iktibar. Kini sekali lagi kita menjadi tumpuan dan sekali lagi juga cara kita mengendali­kan isu ini diperhatik­an. Yang penting kewibawaan perlu dibuktikan dan kedaulatan negara perlu dipertahan­kan supaya tak dipandang rendah, sebaliknya muncul sebagai ‘pemenang’ dalam menghadapi kemelut ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia