Berita Harian

Suspek dakwa diminta buat ‘prank’

Siti Aishah beritahu diupah RM400 untuk program realiti

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Suspek kes pembunuhan Kim Jong-nam, Siti Aishah, 25, mendakwa dia diminta melakukan gurauan (prank) ke atas abang pemimpin Korea Utara itu oleh dua lelaki yang didakwanya dikenali beliau sebagai James dan Chan.

Timbalan Konsulat Kedutaan Indonesia di Malaysia, Andreano Erwin, berkata Siti Aishah mendakwa, dia dibayar upah sebanyak RM400 untuk melakukan perbuatan terbabit yang dikatakan untuk sebuah program realiti di Malaysia.

Tak tahu cecair sejenis racun

Andreano berkata, suspek yang juga warga Indonesia itu juga mendakwa tidak tahu cecair digunakan untuk menyembur mangsa adalah sejenis racun.

“Dia mendakwa tidak tahu mengenainy­a dan berkata bahan itu kelihatan seperti minyak bayi.

“Nama (dua lelaki) sangat umum. Namanya James dan Chan, itu sahaja. Saya tidak fikir dia tahu nama dua orang itu,” katanya ketika ditemui luar Balai Polis Cyberjaya di sini, pagi semalam.

Terdahulu, Andreano dibenarkan oleh polis untuk bertemu dengan Siti Aishah yang ditahan di balai polis berkenaan selama setengah jam.

Ditanya sama ada Siti Aishah tahu mengenai kewarganeg­araan dua lelaki terbabit, Andreano berkata, wanita itu tidak menyatakan­nya secara spesifik, sebaliknya memberitah­u mereka kelihatan seperti orang Korea atau Jepun, selain mendakwa turut tidak mengenali seorang lagi suspek, Doan Thi Huong, 29.

Sementara itu, wakil kedutaan Vietnam di Malaysia turut dibenarkan oleh polis bertemu dengan Thi Huong di balai polis sama semalam, namun mereka tidak memberi sebarang kenyataan kepada media sejurus pertemuan berlangsun­g.

Nama (dua lelaki) sangat umum. Namanya James dan Chan, itu sahaja. Saya tidak fikir dia tahu nama dua orang itu” Andreano Erwin, Timbalan Konsulat Kedutaan Indonesia di Malaysia

 ??  ?? Wakil Kedutaan Vietnam keluar dari Balai Polis Cyberjaya selepas bertemu Thi Huong, semalam.
Wakil Kedutaan Vietnam keluar dari Balai Polis Cyberjaya selepas bertemu Thi Huong, semalam.
 ??  ?? Andreano ketika ditemubual wartawan selepas bertemu Siti Aishah di Balai Polis Cyberjaya, semalam.
Andreano ketika ditemubual wartawan selepas bertemu Siti Aishah di Balai Polis Cyberjaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia