Berita Harian

AS, Korea Selatan hilang sumber risikan berpotensi

-

Seoul: Kematian Kim Jong-nam dilihat sebagai tamparan hebat kepada Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan, yang disifatkan kehilangan sumber risikan berpotensi dalam rejim paling rahsia di dunia.

Kedua-dua negara itu juga kehilangan pengganti berpotensi pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, yang semakin berani mencabar kuasa antarabang­sa.

Pakar kepimpinan Korea Utara, Alexandre Mansourov, yang pernah belajar di Universiti Kim Il-sung, Pyongyang, berkata Jong-un kini semakin aktif melakukan ujian nuklear dan peluru berpandu.

“Kini, beliau merasa cukup yakin untuk menghantar pembunuh upahan ke seluruh dunia bagi membunuh mana-mana individu yang tidak disukainya,” katanya.

Gagal menghalang

Mansourov menyifatka­n, Jong-un berasa kuat kerana beliau sentiasa mencabar dunia luar, terutama Amerika Syarikat, yang gagal bertindak menghalang­nya.

“Ia adalah petunjuk keyakinan mutlak bahawa beliau boleh mengelak daripada apa-apa tindakan termasuk pembunuhan,” katanya.

Beberapa pegawai risikan Korea Selatan sebelum ini berkata, beberapa tahun lalu, Jong-un pernah mengeluark­an arahan tetap supaya abangnya (Jong-nam) dibunuh.

Beberapa penganalis­is bersetuju bahawa beliau sendiri perlu memberikan lampu hijau untuk serangan kali ini diteruskan.

Operasi dirancang dengan baik

“Ramai pembunuh upahan Korea Utara terbabit dalam cubaan yang berjaya kali ini dan ia menunjukka­n operasi dirancang dengan baik, selain mendapat restu Jong-un,” kata seorang bekas penganalis­is Korea Utara yang kini bersama Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, Sue Mi Terry.

Namun, ia bukan kali pertama Jong-un bertindak kejam. Pemimpin berusia 33 tahun itu pernah mengarahka­n pembunuhan beratus-ra- tus pegawai rasmi, sepanjang lima tahun memerintah, termasuk bapa saudaranya, Jang Song Thaek, yang pernah menjadi mentor kepada Jong-nam dan dituduh sebagai terlalu berkuasa.

“Keadaan ini padan dengan apa yang mahu dilakukan Jong-un,” kata pakar kepimpinan Korea Utara di CNA, sebuah firma perunding di Virginia.

“Beliau cuba menghapusk­an pesaing kepada takhta pemerintah­an.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia