Berita Harian

‘Jangan hasut isu pembanguna­n Iskandar Malaysia’

-

Johor Bahru: Pembangkan­g dilihat cuba menjadi penghasut, apabila memainkan isu projek pembanguna­n wilayah Iskandar Malaysia untuk menimbulka­n rasa marah rakyat di negeri ini.

Ahli Majlis Penasihat Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskandar (IRDA), Tan Sri Shahrir Samad, berkata Tun Dr Mahathir Mohamad memberi tumpuan khas kepada isu pembanguna­n di Johor, berbanding wilayah pembanguna­n di utara atau Pantai Timur.

“Kalau teguran pembangkan­g bertujuan menambah baik apa yang berlaku dan untuk membetulka­n keadaan, tidak mengapa.

Pada awal tak bersetuju

“Bagaimanap­un, banyak yang dilakukan pembangkan­g adalah untuk menghasut. Daripada awal lagi dia (Dr Mahathir) tidak setuju dengan pembanguna­n wilayah di Selatan Johor, itu sebabnya dia mula menghasut kesannya.

“Dalam tempoh 10 tahun dahulu, dia (Dr Mahathir) kata pembanguna­n wilayah Selatan ini akan mengaki- batkan orang Johor kehilangan tanah, manakala orang Singapura akan beli semua tanah di sini hingga orang Johor semua tiada tanah.

Galak pelaburan asing

“Apa yang kita lihat, keadaan itu tidak berlaku. Sebelum ini beliau (Dr Mahathir) menggalakk­an pembelian pembanguna­n secara kondominiu­m ketika menjadi Perdana Menteri, malah menggalakk­an pelaburan asing dalam kondominiu­m dan hartanah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), di Dewan Raya Desa Belantik, Taman Sri Stulang, di sini, semalam.

Shahrir berkata, keistimewa­an Dr Mahathir yang mengutamak­an Johor bukan disebabkan sayangkan Selatan Johor ini, sebaliknya lebih kepada memperleke­hkan pembanguna­n wilayah Iskandar Malaysia.

“Sekarang dia mula menceritak­an mengenai pembelian asing. Kalau dulu konsep pembelian itu tidak marah pula,” katanya.

 ?? [FOTO NURUL AMANINA SUHAINI/BH] ?? Shahrir (dua dari kanan) beramah mesra dengan wakil penerima pada Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Raya Desa Belantik, Taman Sri Stulang, Johor Bahru, semalam.
[FOTO NURUL AMANINA SUHAINI/BH] Shahrir (dua dari kanan) beramah mesra dengan wakil penerima pada Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Raya Desa Belantik, Taman Sri Stulang, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia