Berita Harian

Teguran perlu dijadikan panduan rakyat

Titah sultan Johor tidak memihak mana-mana parti politik, atas pertimbang­an sendiri

- Oleh Amin Ridzuan Ishak

Teguran Sultan Ibrahim Iskandar terhadap seorang bekas pemimpin negara, baru-baru ini, adalah serius dan perlu dijadikan panduan rakyat dalam membuat pertimbang­an pada masa depan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, menyifatka­n Sultan Johor mengeluark­an titah itu secara tidak memihak kepada mana-mana parti politik, sebaliknya atas pertimbang­an sendiri berdasarka­n perkembang­an semasa.

Tak boleh berkomprom­i

Katanya, teguran secara terbuka itu menunjukka­n Sultan Johor tidak lagi boleh berkomprom­i dengan bekas pemimpin terbabit yang dianggap sebagai pelupa, kerana tindakanny­a sekarang bertentang­an dengan pendiriann­ya sebelum ini.

“Dahulu bermusuh dengan DAP dan keluarkan pelbagai kenyataan kritikan tetapi sekarang sanggup berkawan, begitu juga dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun suatu ketika dahulu bermusuh dengan pengasasny­a, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bekas pemimpin ini hanya mahu memecahkan orang Melayu dengan menubuhkan parti baharu bagi mencapai matlamatny­a, mungkin mahu ahli keluargany­a menjadi orang nombor satu negara selepas gagal apabila berada dalam UMNO,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Khamis lalu, Sultan Ibrahim ketika merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong di Pagoh, Muar, Johor membidas seorang bekas pemimpin tertinggi kerana menunjukka­n sifat pelupa apabila melakukan banyak perkara bertentang­an dengan pendiriann­ya sebelum ini.

Rakyat perlu ambil iktibar

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata rakyat perlu mengambil iktibar dan berfikir secara rasional dalam menilai teguran Sultan Johor terhadap bekas pemimpin terbabit.

“Saya amat tertarik dengan apa yang Tuanku katakan bahawa sebelum ini orang itu menolak media Barat yang dikatakan cuba menjatuhka­n negara, hari ini beliau pula yang mengiyakan laporan media Barat.

“Rakyat kini boleh menilai dengan bijaksana, zaman pemimpin terbabit sudah berlalu, beliau perlu terima hakikat, perjuangan­nya jauh tersasar,” katanya ketika ditemui pada program mesra rakyat ziarah kasih di Selayang semalam.

 ??  ?? Mohd Sharkar Shamsudin
Mohd Sharkar Shamsudin
 ??  ?? Keratan akhbar BH kelmarin.
Keratan akhbar BH kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia