Berita Harian

Bekas wartawan BH kukuh silaturahi­m

Majlis Gebang Mesra 2017 diserikan dengan pelbagai aktiviti

- Kajang Oleh Nadia Hamid nnadia@bh.com.my

Keceriaan jelas tergambar pada wajah lebih 60 bekas pengarang kanan, pengarang dan wartawan Berita Harian (BH) serta keluarga ketika mereka bertemu dalam satu majlis di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Dukung, di sini, semalam.

Majlis Gebang Mesra 2017 yang dianjurkan sekumpulan bekas kakitangan BH itu, diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah serta menikmati pelbagai hidangan termasuk yang dibawa bekas kakitangan serta menu istimewa durian.

Kumpul RM2,000

Ia adalah inisiatif Bekas Ketua Penyunting Berita Minggu, Jalil Hushin, juga pemilik kedai buku di R&R berkenaan yang menghubung­i beberapa rakan lalu kata sepakat diambil untuk melantik ahli jawatankua­sa bagi menjayakan majlis itu

Lebih meriah, apabila sesi pertemuan itu yang berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM2,000, mendapat perhatian dan sokongan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali.

Yang turut hadir, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar; bekas Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Nazri Abdullah; Bekas Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Hanif Hadi dan bekas Pengarang Eksekutif BH, Datuk Hafifi Hafiz.

Turut menyertai kemeriahan sambutan majlis itu yang menghimpun­kan bekas penggiat industri media satu masa dahulu adalah Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Ahmad@salim Bachok; Pengarang Bersekutu Berita dan Integrasi Media BH, M Thilinadan dan Pengarang BH Online, Zainudin Mohd Isa.

Mengulas pertemuan itu, Ahmad Nazri berkata, pertemuan berkenaan memberikan erti cukup besar kepada bekas wartawan Berita Harian untuk bertanya khabar masing-masing selain menghidupk­an kembali kemesraan ketika sama-sama bekerja satu masa dahulu.

Bincang kebajikan

Katanya, aktiviti pertemuan hari ini misalnya, diadakan dan dibincang hanya menerusi aplikasi Whatsapp dan kecanggiha­n teknologi menjadikan sistem komunikasi perhubunga­n hari ini lebih mudah, cepat dan mesra.

“Sebelum ini sudah beberapa kali kita anjurkan sesi pertemuan sama kerana kita bercadang kerap bertemu dan meluaskan ikatan silaturahi­m dengan semua bekas wartawan BH sekurang-kurangnya dua kali setahun,” katanya.

Ahmad Nazri berkata, aspek kebajikan bekas wartawan adalah isu penting perlu dibincangk­an secara teliti berikutan ramai bekas wartawan sudah berusia dan ada antaranya, menghadapi masalah kesihatan kronik.

Sementara itu, Mahfar mengalualu­kan penganjura­n majlis sedemikian bagi mengukuhka­n silaturahi­m dalam kalangan individu yang pernah bertugas sebagai penggiat industri media tanah air.

“Kita berharap lebih banyak program seumpamany­a akan diadakan selepas ini. Antaranya, cadangan mengadakan Piala X-BH. Jadi kita minta jawatankua­sa sediakan kumpulan untuk bertanding.

“Saya turut mengambil kesempatan menjemput kumpulan bekas wartawan BH menyertai jamuan ulang tahun BH ke-60, dijangka diadakan Julai ini,” katanya.

Pertemuan berkenaan memberikan erti cukup besar kepada bekas wartawan Berita Harian untuk bertanya khabar masing-masing ” Ahmad Nazri Abdullah, Bekas Pengarang Kumpulan BH

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Mahfar (duduk, lima dari kanan) bergambar bersama 60 orang bekas wartawan Berita Harian yang hadir ke majlis Gebang Mesra 2017 di R&R Bukit Dukung, Cheras, semalam.
Mahfar (duduk, lima dari kanan) bergambar bersama 60 orang bekas wartawan Berita Harian yang hadir ke majlis Gebang Mesra 2017 di R&R Bukit Dukung, Cheras, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia