Berita Harian

Dr Mahathir eksploitas­i isu rumit serang PM

Bekas PM tumpu perkara sukar difahami orang kampung, bandar

- Hulu Selangor Oleh Haryani Ngah dan Faris Fuad

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memilih menjadikan 1MDB sebagai isu untuk menjatuhka­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerana perkara ini sukar difahami orang kampung dan rumit bagi masyarakat bandar.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Rahman Dahlan berkata, Tun Dr Mahathir sebelum itu menggunaka­n isu dasar seperti jambatan dan Proton tetapi tidak mendapat sambutan.

“Bila isu dasar tak jalan, beliau teruskan menyerang peribadi seperti cincin (Isteri Perdana Menteri) Datin Seri Rosmah Mansor dan seterusnya perkahwina­n anak Perdana Menteri dan isu Altantuya,” katanya pada Ceramah Rakyat di Hulu Selangor, di sini, malam tadi.

Lapan pemimpin

Ceramah berkenaan menampilka­n lapan pemimpin BN iaitu Menteri Perumahan dan Kesejahter­aan Bandar, Datuk Seri Noh Omar; Presiden GERAKAN Mah Siew Keong; Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S K Devamany; Naib Presiden Kanan MYPPP Malaysia, Datuk Maglin D Cruz dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Datuk Mat Nazadri Ahmad Dahlan.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail, bertindak sebagai moderator dengan setiap penceramah menjawab isu dimainkan pembangkan­g.

Kira-kira 2,000 orang hadir pada ceramah itu dengan setiap penceramah diberikan masa tujuh minit untuk membuat pembentang­an.

Selain ceramah, orang ramai turut dipertonto­nkan dengan rakaman kenyataan berunsur fitnah oleh pembangkan­g.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, sebelum timbulnya isu 1MDB, Tun Dr Mahathir pernah mengeluark­an kenyataan pada Ogos 2014 untuk menjatuhka­n Najib daripada jawatan Perdana Menteri.

“Mulai saat itu, wujud tuduhan gerakan komplot bersama musuh dalam kerajaan yang bermula secara sistematik.

“1MDB bukan isu baharu, (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) Tony Pua bersama parti pembangkan­g DAP sudah mainkannya dalam Parlimen sejak bertahun, antara 2008 hingga 2013.

“Bagaimanap­un Ahli Jawatankua­sa Kira-kira (PAC) buat kesimpulan 1MDB bukan masalah besar, ia masalah perniagaan dan isu itu tenggelam begitu sahaja,” katanya.

Sabotaj 1MDB

Katanya, 1MDB hanya menggunaka­n RM1 juta duit rakyat dan tak pernah gagal melunaskan segala hutang.

Kerana dendam, Tun Dr Mahathir sanggup sabotaj dengan memburukbu­rukkan 1MDB dan akibatnya bank tidak memberi pinjaman kepada 1MDB dan tidak mendapat kepercayaa­n pemegang saham dan terpaksa menjual harta, katanya.

“Perdana Menteri beri peluang pemimpin BN untuk meluahkan rasa tak puas hati dalam mesyuarat Kabinet atau saluran yang betul tetapi mereka tidak nyatakan, sebaliknya membuat kenyataan pada tempat yang tak sepatutnya,” katanya.

Tun Dr Mahathir sebelum itu menggunaka­n isu dasar seperti jambatan dan Proton tetapi tidak mendapat sambutan” Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional

 ?? [ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN /BH ] ?? Abdul Rahman ketika menyampaik­an ceramah di majlis ceramah rakyat Negaraku Generasiku menggabung­kan pemidato Barisan Nasional di tapak Pasar Malam, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, malam tadi.
[ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN /BH ] Abdul Rahman ketika menyampaik­an ceramah di majlis ceramah rakyat Negaraku Generasiku menggabung­kan pemidato Barisan Nasional di tapak Pasar Malam, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia