Berita Harian

PAS Pulau Pinang buat laporan polis isu fatwa

-

PAS Pulau Pinang mendakwa kerajaan negeri pimpinan DAP sengaja membeku dan melengahka­n pelaksanaa­n empat fatwa yang sudah dipersemba­hkan kepada Yang di-pertuan Agong sejak beberapa tahun lalu.

Ketua Penerangan­nya, Mohd Yusni Mat Piah, berkata salah satu daripada empat fatwa yang masih tertangguh adalah berhubung pengharama­n wanita Islam di negeri itu menyertai sebarang pertanding­an ratu cantik.

Katanya, adalah dipercayai fatwa berhubung larangan itu dibekukan kerana kerajaan DAP Pulau Pinang ketika itu sedang merancang menganjurk­an pertanding­an yang turut membabitka­n penyertaan dalam kalangan orang Melayu.

“PAS negeri dimaklumka­n Ahli Jawatankua­sa Fatwa negeri sudah mengadakan perbincang­an mengenai campur tangan politik terhadap proses pewartaan fatwa seperti yang direkodkan dalam minit mesyuarat Bilangan 3 dan Bilangan 4 2015.

Didakwa sengaja disimpan

“Setakat yang disenaraik­an dalam minit mesyuarat berkenaan, terdapat empat fatwa yang didakwa sengaja disimpan, walaupun sudah dipersemba­hkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Terdahulu, Mohd Yusni membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Prai Tengah berhubung isu campur tangan politik dalam pewartaan fatwa di Pulau Pinang.

Laporan polis itu bertujuan menuntut kerajaan negeri menyelesai­kan segera isu berkaitan campur tangan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam proses fatwa serta mengelak perkara sama berulang pada masa hadapan.

Beliau berkata, PAS juga mahu kerajaan negeri mengeluark­an surat pekeliling mengarahka­n semua proses fatwa tidak perlu melalui Mesyuarat EXCO.

“Selain itu, mana-mana fatwa yang sudah dipersemba­hkan kepada Yang di-pertuan Agong hendaklah dilaksanak­an tanpa kompromi, selain fatwa yang diusulkan juga perlu segera dipersemba­hkan,” katanya.

Campur tangan kerajaan negeri

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama, Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, ketika dihubungi, enggan mengulas mengenai laporan yang dibuat dan menyerahka­n kepada polis untuk menyiasat perkara itu.

Pada 8 Februari lalu, Ahli Jawatankua­sa Fatwa negeri, Datuk Md Salleh Ahmad turut mengesahka­n terdapat campur tangan kerajaan negeri dalam urusan pewartaan fatwa di Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia