Berita Harian

Dua lelaki rentung teksi terbakar atas jambatan

-

Batu Kawan: Tindakan dua lelaki berehat di dalam teksi yang dihidupkan enjinnya mengakibat­kan mereka terperangk­ap ketika kenderaan itu terbakar di Kilometer 2.7 Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 8 pagi itu, kedua-dua mangsa dipercayai pengsan di dalam teksi yang berkunci ketika api mula marak menyebabka­n mereka gagal diselamatk­an orang ramai sebelum ditemui rentung.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superinten­dan Shafee Abdul Samad, berkata pengguna jambatan hanya menyedari teksi berkenaan terbakar selepas melihat kepulan asap keluar dari bahagian enjin kenderaan.

Cuba kejut mangsa

“Terdapat orang awam yang melihat dua lelaki dalam keadaan terbaring di tempat duduk bahagian hadapan teksi dan cuba mengejutka­n mereka, namun ketika itu berlaku letupan pada bahagian enjin.

“Beberapa orang awam cuba membantu memadamkan kebakaran teksi itu, namun api semakin marak dan merebak ke keseluruha­n bahagian kenderaan menyebabka­n kedua-dua mangsa rentung,” katanya ketika dihubungi.

Buat siasatan lanjut

Shafee berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga mendapati tidak ada sesiapa mendekati teksi berkenaan sepanjang tempoh kenderaan itu berhenti di jambatan berkenaan.

“Semakan mendapati, teksi berkenaan dimiliki seorang lelaki yang beralamat di Balik Pulau dan kita masih melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti kedua-dua mangsa.

“Mayat mereka ditempatka­n sementara di Hospital Sungai Bakap bagi proses bedah siasat dan pemeriksaa­n lanjut,” katanya.

 ??  ?? Dua maut terperangk­ap dalam teksi yang terbakar di kilometer 2.7 Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, semalam.
Dua maut terperangk­ap dalam teksi yang terbakar di kilometer 2.7 Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia