Berita Harian

Kelantan terus meratap

Penyerang JDT jadi pemain pertama jaring hatrik dua kali berturut-turut

- Oleh Rizar Mohd Noor

Gabriel Guerra muncul wira Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas melakukan hatrik bagi membantu Harimau Selatan menewaskan T-team 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Hatrik yang dicipta itu membolehka­n Guerra melakar sejarah muncul pemain pertama dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) menjaringk­an hatrik dua kali berturut-turut dalam satu musim pada dua saingan liga berbeza apabila turut menjaringk­an tiga gol bersama Johor Darul Ta'zim II (JDT II) menewaskan Perlis 4-0 pada aksi Liga Perdana, 26 Januari lalu.

Dinaikkan pangkat

Juara bertahan itu yang mengekalka­n barisan yang sama ketika menewaskan Beoungket Angkor FC 3-0 pada saingan Piala AFC, baru-baru ini sudah membuka tirai jaringan minit ke10 apabila Guerra merembat kencang menewaskan Mohd Suhaimi Husin.

Tuan rumah terlepas untuk menambah jaringan pada minit ke-14 selepas bola rembatan Ahmad Hazwan Bakri yang berjaya melepasi benteng pertahanan lawan sekadar melintasi di depan gawang gol malah rembatan susulan Gonzalo Cabrera sempat ditangkap kemas Mohd Suhaimi.

Bermula dengan sepakan lintang Ahmad Hazwan pada minit ke-30 menyaksika­n Cabrera menanduk bola biarpun terkena palang tetapi Guerra yang tidak dikawal sekadar menolak bola menewaskan Mohd Suhaimi yang sudah pun terbaring.

Guerra nyata berbisa apabila dia membuktika­n ketajaman tatkala dinaikkan pangkat beraksi bersama JDT selepas melengkapk­an hatrik pada minit ke-39 apabila menyudahka­n bola sepakan lintang S Kunanlan untuk menewaskan Mohd Suhaimi buat kali ketiga.

 ?? [ FOTO SYAMSI SUHAIMI / BH ] ?? Pemain Kelantan, Mohammed Ghaddar (dua dari kanan) cuba melepasi pertahahan Selangor, Ugochukwu Ukah (kiri)dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi. Selangor menang 2-0.
[ FOTO SYAMSI SUHAIMI / BH ] Pemain Kelantan, Mohammed Ghaddar (dua dari kanan) cuba melepasi pertahahan Selangor, Ugochukwu Ukah (kiri)dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi. Selangor menang 2-0.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia