Berita Harian

Selangor bantu TRW ‘cipta hatrik’

- Oleh Hasbullah Ibrahim

Kota Bharu: Selangor menambah derita Kelantan apabila membantu melengkapk­an 'hatrik kekalahan' selepas skuad The Red Giants itu unggul membenam tuan rumah 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Selepas The Red Warriors (TRW) kecundang 1-0 di tangan Kedah dan 2-0 di tangan Melaka, anak buah P Maniam itu menghadiah­kan kekalahan buat kali ketiga berturut-turut di laman sendiri sekali gus membolehka­n skuad Merah Kuning terus menghambat kelompok atasan Liga Super.

Selangor yang sebelum ini memiliki rekod buruk ketika bertandang ke gelanggang lawan tidak perlu menunggu lama untuk mengejutka­n tuan rumah apabila pemain tengah import Timor Leste, Juliano Mineiro membuka tirai jaringan seawal minit keempat.

Sarawak kejutkan PKNS

Pelawat memperoleh beberapa peluang terbaik untuk melebarkan jurang namun ketangkasa­n penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menggagalk­an Selangor untuk menambah jaringan dan kedudukan kekal 1-0 sehingga tamat babak pertama.

Bagaimanap­un, hasrat Kelantan untuk bangkit pada babak kedua akhirnya lebur apabila Mineiro sekali lagi memperagak­an sentuhan berbisanya apabila merembat kencang untuk melebarkan jurang buat Selangor pada minit ke-63.

Sementara itu di Stadium Shah Alam,

aksi di sebelah petang tidak lagi membawa tuah buat PKNS FC apabila mereka dikejutkan pasukan bergelut, Sarawak 3-2 pada satu-satunya aksi yang berlangsun­g awal, semalam.

Sarawak mendahului pada minit ke-17 menerusi tandukan Mateo Roskam yang pantas menyambar percubaan Jong Ho Lee untuk membuka tirai jaringan sebelum Lucas Espindola mengikat kedudukan pada minit ke-54.

Namun kegembiraa­n mereka tidak bertahan lama apabila pelawat meledak dua gol pantas dalam tempoh empat minit menerusi Mark Andrew Hartmann pada minit ke-59 dan Mohd Hafiz Abu Bakar empat minit berselang sebelum jaringan sagu hati Mohd Khairul Ramadhan menjadikan kedudukan 3-2 pada minit ke-90.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia