Berita Harian

Asri puji rentak cemerlang Negeri Sembilan

-

Kuantan: Pengendali Negeri Sembilan, Mohd Asri Ninggal memuji komitmen dipersemba­hkan pemainnya apabila meraih tiga mata selepas membenam Kuantan FA 3-1 di Stadium Darul Makmur malam kelmarin.

Beliau berkata, kemenangan itu amat dinantikan dalam usaha mengukuhka­n kedudukan di persada Liga Perdana selepas mengharung­i lima perlawanan.

Katanya, kejayaan itu juga adalah hasil kerjasama dan semangat berpasukan yang diterapkan dalam skuad itu setiap kali perlawanan.

“Saya gembira dengan persembaha­n yang ditunjukka­n pemain, mereka memulakan perlawanan dengan baik dan usaha itu berjaya apabila menjaringk­an gol pendahulua­n seawal minit kelapan.

“Jaringan itu jelas memberi semangat kepada pemain sebelum menambah gol kedua dan pada babak kedua pemain mengekalka­n prestasi dan memperoleh gol ketiga.

“Namun, kelekaan mereka membuka ruang kepada pasukan tuan rumah memperoleh satu gol,” katanya.

Terlalu padat

Namun, Mohd Asri tetap gembira kerana misi utama mengekalka­n rentak kemenangan tercapai dan tambahan tiga mata itu juga mengukuhka­n lagi kedudukan pasukan di persada liga.

Sementara itu, pengendali Kuantan FA, Zulhamizan Zakaria, berkata jadual terlalu padat antara faktor The Seagulls gagal menghalang skuad Rusa daripada meraih tiga mata.

Katanya, walaupun pemain sudah berusaha memberi tekanan kepada lawan, ia masih belum dapat mengatasi pasukan Negeri Sembilan yang kini berada pada tahap terbaik mereka.

“Dua gol awal dijaringka­n lawan dalam tempoh 13 minit menyentap mental pemain walaupun mereka berusaha untuk membolosi gawang lawan.

“Kebangkita­n yang cuba dilakukan pada saat akhir dan berjaya menjaringk­an satu gol bagaimanap­un sudah terlambat kerana mereka (Negeri Sembilan) sudah selesa dengan tiga gol.

“Saya harap kekalahan ini menjadi pengajaran kepada pemain dan mereka perlu lebih konsisten untuk bangkit dalam aksi seterusnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia