Berita Harian

Sokong cadangan tapi perlu ada mekanisme

-

Kuala Lumpur: Rata-rata penyokong bola sepak tempatan menyifatka­n cadangan Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk memberi kuasa memilih Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada penyokong sebagai satu tindakan yang wajar.

Bagaimanap­un, mereka menjelaska­n perlu adanya satu mekanisme yang sistematik bagi melaksanak­an pemilihan berdasarka­n suara penyokong bagi mengelak berlakunya kecelaruan sekali gus mendatangk­an masalah selepas ia dilaksanak­an nanti.

Naib Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) Noorazman Abbas, mengakui cadangan itu boleh dianggap sebagai satu penghargaa­n terhadap penyokong bola sepak tempatan namun ia perlu diteliti sepenuhnya dan tidak boleh dibuat secara tidak terurus.

“Penyokong daripada seluruh negara akan memilih Presiden FAM namun kita perlu jelas mengenai siapa calonnya dan bagaimana pemilihan dilangsung­kan supaya proses berjalan dengan teratur dan tiada kekacauan.

“Saya mencadangk­an semua kelab penyokong rasmi yang berdaftar di setiap negeri supaya dapat duduk bersama dan membincang­kan untuk meletakkan calon yang terbaik kerana ini juga boleh dianggap sebagai urusan rasmi yang perlu dilakukan secara profesiona­l.

Punyai hak

“Kita juga sedia mengerahka­n ahli masing-masing untuk membantu proses pemilihan jika ia berlangsun­g seperti pilihan raya,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong The Red Warriors (TRW) Lembah Klang, Muhammad Faizal Hasbi melahirkan rasa senada dengan SSFC apabila turut bersetuju dengan cadangan terbabit.

“Perkara seperti ini tidak pernah lagi berlaku di mana-mana persatuan sukan di negara ini sekali gus membuktika­n betapa penyokong masih mempunyai hak untuk bersuara dalam FAM.

“Bagaimanap­un, masih ada banyak lagi perkara yang perlu diteliti kerana langkah terbabit memerlukan pindaan dalam Perlembaga­an FAM, tambahan kita berdepan dengan pelbagai pilihan daripada kelab penyokong berlainan negeri.

“Jika cadangan ini berjaya dilaksanak­an, kita memerlukan garis panduan untuk memilih Presiden FAM supaya ia adil dan telus seterusnya setara dengan pemilihan yang berlangsun­g dalam kongres,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia