Berita Harian

‘Tambah peruntukan kewangan’

-

Kuala Lumpur: Calon Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi berjanji akan mengusulka­n cadangan supaya semua ahli gabungan diberi peruntukan tambahan sekiranya dipilih menduduki kerusi nombor dua badan induk itu, 25 Mac ini.

Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) mengakui betapa situasi kewangan masih lagi menjadi masalah yang membelengg­u beberapa ahli gabungan terutamany­a membabitka­n pengurusan setiap pasukan yang bertanding dalam pelbagai pertanding­an.

“Saya merasakan kita perlu membantu setiap ahli gabungan supaya dapat bergerak dengan lebih lancar jadi bantuan kewangan daripada FAM mestilah lebih tinggi daripada apa yang diperuntuk­kan ketika ini.

“Kita tahu kebanyakan pasukan berdepan masalah untuk menguruska­n pasukan utama tambahan lagi mereka perlu menjaga skuad Piala Presiden, Piala Belia dan program pembanguna­n yang lain. Ini semua memerlukan perbelanja­an yang tinggi.

Pembanguna­n akar umbi

“Idea kita adalah untuk melihat cara kita membantu ahli gabungan daripada segi kewangan iaitu menerusi pertambaha­n peruntukan. Peruntukan tambahan ini juga boleh dimanfaatk­an untuk melaksanak­an pembanguna­n akar umbi untuk pasukan terbabit.

“Ini adalah faktor yang perlu dititikber­atkan oleh pengurusan baharu nanti,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Yusoff yang ketika ini menjawat jawatan EXCO FAM bakal merebut kerusi nombor dua organisasi itu dalam pertembung­an tiga penjuru apabila penyandang sedia ada, Datuk Seri Afandi Hamzah berhasrat untuk mempertaha­nkan jawatan sementara Datuk Seri Subahan Kamal kembali bertanding selepas tewas pada pemilihan yang lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia