Berita Harian

Proud, Airasia pupuk bakat

Saya juga akan cuba pertahan kejayaan dalam Sukan Komanwel 2018 yang akan berlangsun­g di Australia nanti selain memburu tiket Sukan Olimpik Tokyo ” Benjamin Proud Perenang Olimpik Britain

- Oleh Nor Shayaumil Qhairil

Putrajaya: Perenang Olimpik Britain, Benjamin Proud akan melatih perenang muda yang berpotensi di Asia Tenggara dalam usaha membantu mereka menjadi perenang bertaraf dunia.

Melalui kerjasama empat tahun dengan syarikat penerbanga­n tambang murah Airasia Berhad (Airasia) itu, Proud yang membesar di Malaysia akan mengadakan Klinik Kejurulati­han Kumpulan Bakat secara tahunan bagi mengenal pasti perenang yang berdaya saing.

Ketua Pegawai Eksekutif Airasia, Aireen Omar, berkata pemilihan Proud dibuat berdasarka­n pencapaian­nya pada Sukan Olimpik Rio 2016.

“Proud membesar di Kuala Lumpur dan beliau akan membantu perenang muda ini mencapai kejayaan sepertinya dalam acara renang ini.

“Pihak Airasia memilih seramai 30 perenang muda berusia 12 hingga 15 tahun dari seluruh negara untuk mengikuti Klinik Kejurulati­han ini dan program ini turut mendapat sokongan daripada Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM),” katanya kepada media di sini, semalam.

Tangga keempat

Aireen berkata, selain Proud, latihan itu akan turut dijalankan oleh bekas atlet Sukan Olimpik dan Sukan Komanwel yang lain.

Bagi Proud, kerjasama dengan pihak Airasia itu memberikan peluang kepadanya untuk berkongsi ilmu dan kemahiran dalam sukan berkenaan.

”Saya juga akan cuba mempertaha­nkan kejayaan dalam Sukan Komanwel 2018 yang akan berlangsun­g di Australia nanti selain memburu tiket Sukan Olimpik Tokyo," katanya yang menduduki tangga keempat acara 50m gaya bebas di Sukan Olimpik 2016.

Proud memenangi acara 50 meter kuak kupu-kupu dan 50 meter gaya bebas dalam Sukan Komanwel dan mewakili Great Britain di Kejohanan Akuatik Dunia FINA serta Kejohanan Akuatik Eropah LEN.

 ??  ?? Aireen bersama Proud (tiga kiri) bergambar bersama atlet renang yang terpilih menyertai Klinik Kejurulati­han Talent Pool di Marina Putrajaya.
Aireen bersama Proud (tiga kiri) bergambar bersama atlet renang yang terpilih menyertai Klinik Kejurulati­han Talent Pool di Marina Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia