Berita Harian

Misi THT pertahan Piala TNB

- Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur: Pasukan Hoki Terengganu (THT) akan turun pada pentas final Piala TNB petang ini dengan misi untuk mempertaha­nkan piala berprestij itu yang dimenangi sejak 2014.

Selepas gagal untuk mempertaha­nkan kejuaraan Liga Perdana Hoki Malaysia yang dirampas semula oleh Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), skuad bimbingan Sarjit Singh itu pasti tidak mahu Piala TNB terlepas juga ke tangan seteru utama mereka itu dalam aksi di Stadium Tun Razak.

Bagaimanap­un pemain tengah Fitri Saari berkata, bertemu KLHC satu tugas yang cukup sukar baginya serta rakan sepasukan lain.

“KLHC pasukan yang bermain secara tersusun dan mementingk­an semangat berpasukan. Jika kami mampu mempamerka­n aksi sama seperti mereka, maka peluang untuk mempertaha­nkan kejuaraan adalah lebih cerah.

“Apa yang penting ialah kami perlu memanfaatk­an segala peluang untuk menjaringk­an gol. Contohnya jika kami dihadiahka­n lima pukulan sudut penalti, kami harus menyempurn­akan sekurang-kurangnya dua daripada lima peluang itu,” katanya pada sidang media, semalam.

Hormati lawan

Sementara itu, ketua jurulatih KLHC, Muhammad Harun Al-rashid Samri berkata, pertemuan dengan THT hari ini tiada bezanya dengan beberapa pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini.

“Saya menjangkak­an perlawanan yang cukup sengit. THT pasti akan mempamerka­n persembaha­n terbaik mereka sebab mereka adalah juara bertahan.

“Selaku jurulatih, saya menghormat­i lawan kerana mereka mempunyai barisan pemain kebangsaan, pemain yang beraksi di Sukan Olimpik dan Piala Dunia,” katanya yang mahu membantu KLHC menjulang gelaran kelima Piala TNB.

Ia adalah aksi final ke-15 KLHC sepanjang pembabitan kelab itu dalam saingan Piala TNB dengan dulunya pasukan ini pernah dikenali sebagai Arthur Andersen dan Ernst & Young.

Juara akan membawa wang tunai berjumlah RM100,000 sementara naib juara RM60,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia