Berita Harian

KSGCC janji cabaran menarik

Jadi tumpuan ramai pemain golf tempatan yang begitu teruja setiap kali beraksi

- Oleh Mohd Amin Jalil

Kota Seriemas Golf & Country Club (KSGCC) menjanjika­n cabaran menarik kepada peminat dan pemain golf profesiona­l kerana lapanganny­a direka bentuk tersendiri, berbanding sesetengah kelab golf di negara ini.

Terletak di Kota Seriemas iaitu kawasan perbandara­n pesat membangun dalam suasana resort tropika serta keperluan gaya hidup moden, ia mampu memenuhi tempat percutian yang unik dan menarik.

KSGCC yang menampilka­n permukaan dan green sedikit beralun selain rintangan pokok menghijau mengelilin­gi lapangan, pasti memberi cabaran bermakna kepada setiap pemain golf.

Justeru, tidak hairanlah nama KSGCC menjadi bualan dan sebutan dalam kalangan pemain golf amatur mahupun profesiona­l di negara ini, selepas mereka merasai sendiri cabaran beraksi di lapangan itu.

Biarpun baharu saja dibuka pada Oktober tahun lalu, KSGCC yang mengandung­i 18 lubang sudah menjadi tumpuan ramai pemain golf tempatan yang begitu teruja setiap kali beraksi.

Pengurus KSGCC, Izani Mokhtar berkata, KSGCC direka bentuk sebagai lapangan yang menarik oleh arkitek terkenal dan berpengala­man, Nigel B Douglas bertemakan alam hutan semula jadi dengan hamparan rumput Bermuda.

Destinasi utama pemain golf

Katanya, terdapat lebih 40 jenis bunga dan pokok pelbagai spesies di tanam di kawasan seluas lebih daripada 60 hektar itu bagi menyerlahk­an lagi keceriaan dan keselesaan kepada pengunjung.

“Ketika ini KSGCC menerima sambutan yang amat baik walaupun baharu saja dibuka. Rata-rata pemain menzahirka­n rasa puas hati bukan sahaja mengenai keadaan lapangan dan green yang menarik, malah persekitar­an alam

 ?? [ FOTO HAZREEN MOHAMAD / BH ] ?? KSGCC, Nilai direka arkitek terkenal, Nigel B Douglas bertemakan alam hutan semula jadi dengan hamparan rumput Bermuda.
[ FOTO HAZREEN MOHAMAD / BH ] KSGCC, Nilai direka arkitek terkenal, Nigel B Douglas bertemakan alam hutan semula jadi dengan hamparan rumput Bermuda.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia