Berita Harian

Cabaran sebenar latihan komando

Peserta perlu redah 15 set halangan yang direka untuk latihan anggota UTK dan GGK

- Oleh Haika Khazi mfaizultbh.com.my Kuala Lumpur

Biarpun jarak larian Elit Warrior and Obstacle Run di Tasik Metropolit­an, Kepong pada Sabtu lalu hanyalah 7.2 kilometer (km), namun ia memang menguji ketahanan fizikal dan mental setiap pesertanya.

Ini kerana setiap satu daripada 15 set halangan yang terpaksa dilalui setiap pesertanya direka khusus berdasarka­n cabaran sebenar untuk latihan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dan anggota Grup Gerak Khas (GGK) Komando ketika latihan dan operasi.

Antara cabaran utama ialah memanjat dan menuruni tembok tanpa menggunaka­n tali, mendaki cerun bukit, mengharung­i kawasan sungai, parit dan lumpur, melalui kawat berduri, bergayut di palang besi (monkey bar) serta berlari sejauh 7.2km sebanyak dua pusingan.

Jadi tidak hairanlah jika ada dalam kalangan lebih 500 peserta menyertai larian berkenaan hampir pengsan akibat kepenatan dan kehabisan tenaga untuk sampai ke garisan penamat.

Pengarah syarikat Mofa Elit Holdings Sdn Bhd, Mokhtar Abu Kassim, selaku pemilik dan penganjur acara berkenaan berkata matlamat utamanya adalah membolehka­n peserta merasai sendiri pengalaman, cabaran dan kesukaran dihadapi anggota UTK dan Komando ketika menjalanka­n tugas operasi.

Nampak mudah

“Kita juga berharap penyertaan dalam larian ini dapat membantu mereka mempelajar­i kaedah ikhtiar hidup dan cara menjaga keselamata­n diri dan orang lain,” katanya ketika ditemui di sini, barubaru ini.

Sementara itu, Norazilah Othman, 33, berkata dia amat teruja dan gembira dapat menyertai larian berkenaan kerana ia secara tidak langsung membantu anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meningkatk­an tahap kecergasan diri.

“Saya rasa larian ini memang mencabar kerana ada kalanya kita terpaksa mencuba banyak kali dan meminta bantuan orang lain untuk melepasi sesuatu halangan.

“Pada mulanya memang nampak agak mudah bagi saya yang berkhidmat sebagai anggota TLDM namun apabila masuk kali kedua ia menjadi semakin sukar kerana kita sudah keletihan dan kekurangan tenaga.

“Bagaimanap­un, Alhamdulil­ah akhirnya saya berjaya menamatkan perlumbaan dan mendapat tempat kedua larian berhalanga­n bagi kategori wanita,” katanya.

 ??  ?? Antara set halangan perlu dilalui peserta pada Elit Warrior Challenge di Taman Metropolit­an Kepong.
Antara set halangan perlu dilalui peserta pada Elit Warrior Challenge di Taman Metropolit­an Kepong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia