Berita Harian

Mati kena racun jadi topik hangat

Pembunuhan Jong-nam, Arafat dan Litvinenko masih misteri

- Oleh Hazirah Che Sab zeehan@bh.com.my

Korea Utara sekali lagi menjadi tumpuan dunia, bukan kerana kedegilan terus melancarka­n ujian peluru berpandu, sebaliknya isu pembunuhan terancang abang pemimpin rejim itu, Kim Jong-nam, minggu lalu.

Namun kali ini, Pyongyang turut menyeret Malaysia dalam kemelut itu kerana Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Sekali gus menjadikan Jong-nam sebagai tokoh paling popular dunia selepas kematianny­a.

Pembunuhan menggunaka­n racun belum dikenal pasti yang dilumur ke mukanya itu menjadi berita utama dunia, sebahagian besarnya disebabkan status dan tindaktand­uk adiknya, Kim Jongun, yang kerap mencetuska­n kebimbanga­n masyarakat antarabang­sa.

Khabar angin

Pelbagai khabar angin tersebar berikutan kematian beliau dan Pihak berkuasa Korea Selatan dan Amerika Syarikat, awalawal lagi menyatakan mereka percaya Jong-nam dibunuh ejen Korea Utara.

Spekulasi juga menyebut pemimpin Korea Utara itu membunuh abangnya yang tinggal dalam buangan kerana mengesyaki Jong-nam meran- cang menubuhkan sebuah kerajaan luar untuk menentangn­ya.

Jong-un juga dikatakan berang selepas mengetahui rancangan China melantik abangnya sebagai pengganti di Pyongyang jika sesuatu berlaku kepadanya.

Masih jadi tanda tanya

Jong-nam bukan satu-satunya individu yang menemui ajal dengan cara diracun.

Dunia merapati kematian pemimpin veteran Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Yasser Arafat, pada 11 November 2004, di Perancis.

Namun, selepas 13 tahun, punca kematianny­a masih menjadi tanda tanya terutama apabila laporan jawatankua­sa yang menyiasat kematian Arafat mendedahka­n beliau diracun.

Cuma tidak mengejutka­n apabila ia juga menyatakan Israel bertanggun­gjawab secara langsung melakukan pembunuhan itu secara perlahan.

Sembilan tahun selepas kematian Arafat, pasukan pakar toksik Switzerlan­d menemui kesan isotop radioaktif polonium-210 padamayatn­ya yang digali semula, selain kain kapan dan tanah di kuburnya.

Mereka berkata, 83 peratus kemungkina­n pemimpin itu diracun.

Sepasukan penyelidik Russia juga menemui kesan polonium pada mayat pemimpin Fatah itu.

Sebaik Arafat, yang berada dalam keadaan sihat, jatuh sakit selepas menikmati hidangan di Ramallah pada Oktober 2004, wujud keraguan beliau diracun tetapi amat sukar dibuktikan.

Tiada seorang pun yang merawat beliau di Perancis mampu menentukan punca masalah kesihatann­ya, yang menggabung­kan bengkak usus, demam kuning dan masalah darah dikenali sebagai pembekuan intravasku­lar tersebar.

Israel akui pembunuhan

Cuma selepas wartawan penyiasata­n, Clayton Swisher, yang rapat dengan Arafat menyuaraka­n keraguan mengenai kematian pemimpin veteran itu, saluran televisyen al-jazeera melancarka­n siasatan.

Tanggungja­wab di atas kematian Arafat segera dihalakan kepada Israel yang pernah membunuh ramai pemimpin Palestin, termasuk pegawai kanan Arafat, Abu Jihad.

Keyakinan Arafat dibunuh Israel semakin kukuh apabila bekas Presiden Israel, Shimon Peres, mengakui kebenarann­ya.

Dalam temu bual dengan akhbar New York Times, Peres berkata, Arafat tidak sepatutnya dibunuh dan menegaskan beliau membantah sebarang dasar membunuhny­a.

Peres menegaskan beliau ‘melindungi Arafat daripada beberapa rancangan untuk menamatkan nyawa beliau.’

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Jong-nam dilihat sebagai ancaman kepada adiknya, Jong Un kerana Beijing mempunyai rancangan untuk melantik Jong-nam sebagai pemipin baharu Korea Utara.
Jong-nam dilihat sebagai ancaman kepada adiknya, Jong Un kerana Beijing mempunyai rancangan untuk melantik Jong-nam sebagai pemipin baharu Korea Utara.
 ??  ?? Arafat dipercayai mati akibat diracun selepas pasukan pakar toksik menemui kesan isotop radioaktif polonium-210, sembilan tahun selepas kematianny­a.
Arafat dipercayai mati akibat diracun selepas pasukan pakar toksik menemui kesan isotop radioaktif polonium-210, sembilan tahun selepas kematianny­a.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia