Berita Harian

6 penyerang bunuh 30 orang di Homs, Syria

-

Damsyik: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh, termasuk seorang pengarah cawangan perkhidmat­an perisikan tentera dalam serangan ke atas dua lokasi keselamata­n di Homs, bahagian tengah Syria, semalam.

Sekurang-kurangnya enam penyerang menggempur kawasan kawalan berkenaan di kejiranan alghouta dan al-mahata apabila bertempur dengan pegawai tentera.

Menurut televisyen kebangsaan, al-ikhbariya TV, dua daripada penyerang itu dilaporkan meletupkan diri dan membunuh 30 orang.

Jarak di antara kedua-dua bangunan terbabit dalam letupan itu adalah kira-kira dua kilometer.

Gabenor Wilayah Homs, Talal Barzani memberitah­u The Associated Press tiga letupan berlaku dan membunuh lebih 32 orang.

Pegawai terkorban

Kumpulan Pemantau Hak Asasi Syria yang berpangkal­an di London pula berkata sekurangku­rangnya 42 pegawai terkorban dalam insiden itu.

Anggaran angka maut itu tidak dapat dipastikan segera tetapi perbezaan seperti ini lazim berlaku selepas tercetus keganasan di Syria.

Kumpulan pemantau itu berkata, pengarah cawangan tentera yang terkorban itu adalah Major Jeneral Hassan Daeboul dan penyerang jelas menyasarka­n lokasi ketenteraa­n itu.

Penggiat filem disekat masuk

Sementara itu, pihak berkuasa imigresen Amerika Syarikat (AS) menyekat seorang penggiat perfileman Syria, berusia 21 tahun daripada masuk ke negara itu bagi menghadiri Anugerah Akademi selepas filemnya berjudul The White Helmets dicalonkan.

Menurut koresponde­n pentadbira­n dalaman Trump yang ditemui Associated Press, Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri di saat akhir memutuskan untuk menyekat Khaled Khatib dari meneruskan perjalanan ke Los Angeles untuk menghadiri Oscar.

Khatib dijadual tiba di Los Angeles, semalam dengan penerbanga­n Turkish Airlines yang berlepas dari Istanbul.

Bagaimanap­un, rancangann­ya terhalang selepas pegawai AS melaporkan penemuan maklumat berbentuk penghinaan membabitka­n Khalid. Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri enggan mengulas lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia