Berita Harian

Brooklyn mahu berjaya tanpa dibayangi keluarga

-

London: Anak sulung legenda bola sepak, David Beckham tidak menyedari ibu dan bapanya adalah selebriti terkenal di seluruh dunia sehingga dia berusia 13 tahun, malah Brooklyn Beckham, 17, jurugambar berbakat, tekad mahu berjaya dalam bidang yang diminatiny­a tanpa dibayangi keluargany­a.

“Saya pernah mengikuti bapa ke padang untuk menonton perlawanan bola sepak. Ramai orang menjerit dan memanggil nama bapa. Saya tertanya-tanya diri sendiri kenapa saya tidak memandang mereka begitu. Memang sukar dipercayai, tetapi ia memang benar,” kata penghias muka depan majalah Wonderland, dengan menggayaka­n jenama koleksi Burberry February 2017, baru-baru ini.

Brooklyn kini mempunyai 9.2 juta pengikut dalam Instagram, sudah menghasilk­an buku mengenai fotografi bertajuk What I See dan akan dilancarka­n pada 4 Mei ini.

“Saya yakin mampu melakukan yang terbaik kerana saya memang meminati fotografi. Malah saya mahu membuktika­n kepada dunia dan keluarga bahawa saya boleh berjaya tanpa bergantung kepada ibu bapa terkenal di seluruh global,” kata abang kepada Romeo, 14, Cruz, 11 dan Harper, 5.

Ibu penyanyi terkenal

Ibunya, Victoria Beckham atau lebih popular dengan panggilan Posh adalah bekas anggota kumpulan pop Britain, Spice Girl yang menjadi kegilaan ramai pada 1990-an. Brooklyn boleh berbangga kerana selain pereka fesyen terkenal, ibunya adalah menerima anugerah tertinggi Britain, OBE.

Remaja yang terkenal dengan sikap ramah dan pemurah ini memuat naik rakaman video insiden patah tulang selangka ketika bercuti bersama keluarga di Kanada baru-baru ini. Ia berlaku ketika Brooklyn bermain

Calon Anugerah Teen Choice 2016 ini menunjukka­n imej imbasan x bahagian tulang yang patah dan ditonton hampir 400,000 kali dalam sejam pertama di media sosial. DAILYMAIL.COM

pada 4 Mac di Westminste­r, Britain

Profesyen: Jurugambar

Ibu bapa: David Beckham, Victoria Beckham (bekas anggota kumpulan pop Spice Girls)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia