Berita Harian

Pemain muda perlu beraksi di pentas dunia

-

Shah Alam: Malaysia perlukan sentuhan tangan dan ‘tonik ajaib’ jika mahu mengulangi pencapaian skuad badminton 1992 untuk merampas kembali Piala Thomas pada tahun depan.

Bekas pemain perseorang­an negara, Wong Ewee Mun, berkata peluang Malaysia untuk muncul juara Piala Thomas 2018 adalah tipis dan sukar kerana terlalu bergantung kepada Datuk Lee Chong Wei seorang sahaja.

Bagaimanap­un, bekas juara kebangsaan itu tetap yakin Malaysia masih berpeluang untuk muncul juara Piala Thomas 2018 jika Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah bersiap sedia dari awal.

“Selain mengharapk­an Chong Wei tidak kalah atau mengalami kecederaan ketika beraksi, kita juga perlu harapkan tuah akan berpisah kepada pasangan beregu Goh V Shemtan Wee Kiong dan satu lagi mata disumbangk­an oleh pemain perseorang­an atau beregu lain.

“Justeru, saya berharap BAM akan memberi peluang kepada pemain muda sama ada dari dalam mahu pun luar badan induk itu beraksi di luar negara sebagai persediaan menghadapi pasukan lain yang lebih kuat. Di zaman moden sekarang sepatutnya pemain kita sudah beraksi di luar negara seawal usia 16 atau 17 tahun,” katanya.

Aktif main golf

Sementara itu, biar pun sudah lama bersara sebagai pemain dan jurulatih badminton, namun kehidupan bekas pemain Ewee Mun, tidak dapat dipisahkan daripada sukan kegemarann­ya itu.

Selepas bersara sebagai pemain dan jurulatih, Ewee Mun kini bekerja dengan sebuah syarikat pembekal peralatan sukan jenama Kizuna yang mempunyai kepakaran membuat tali untuk raket badminton di Petaling Jaya, Selangor.

“Saya juga sering bermain golf bersama rakan bagi memenuhi masa terluang di hujung minggu atau cuti umum,” katanya.

 ?? [ FOTO OSMAN ADNAN / BH ] ?? Ewee Mun (kiri) bersama Kwan Yoke Meng (tengah) dan Foo Kok Keong.
[ FOTO OSMAN ADNAN / BH ] Ewee Mun (kiri) bersama Kwan Yoke Meng (tengah) dan Foo Kok Keong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia