Berita Harian

Fahamilah kaedah latihan Ashley Westwood

- Daripada Sehati Sejiwa - JJ

Hari ini menjadi penyokong pasukan bola sepak Pulau Pinang adalah perkara yang paling mencabar dalam hidup. Dengan lima kekalahan berturut turut semestinya merunsingk­an. Mungkin mudah bagi penyokong pasukan lain untuk melafazkan kata ‘sabar’ tetapi realitinya ia sesuatu yang sukar untuk peminat tegar Pulau Pinang menanggung­nya.

Namun masih ada cahaya di hujung terowong buat pasukan Pulau Pinang. Mereka perlu terus memberi kepercayaa­n kepada Ashley Westwood. Bagi pemerhati bola sepak Asia, Westwood bukanlah nama yang asing.

Beliaulah individu yang bertanggun­gjawab mengubah landskap bola sepak Bengaluru FC sehingga mereka muncul finalis Piala AFC 2016.

Westwood seperti kebanyakan jurulatih Eropah dan Amerika Selatan yang lain mementingk­an kecergasan lebih 90 minit untuk setiap pemain yang diletakkan dalam kesebelasa­n utama.

Perkara ini adalah perkara yang cukup asing di Malaysia. Cuba tanya kepada pemain Johor Darul Ta’zim di awal pembabitan Cesar Ferrando Jimenez. Mereka perlu cergas untuk 150 minit jika mahu diturunkan.

Pada awalnya agak sukar untuk diterapkan tetapi dengan bantuan dari jurulatih kecergasan kini boleh dilihat perbezaan yang agak ketara dari barisan pemain JDT.

Jadi pemain Pulau Pinang kini dalam proses transisi dan proses ini adalah proses jangka panjang. Lihat sahaja bagaimana Bengaluru FC yang baru ditubuhkan mampu pergi jauh di peringkat Asia.

Ganti pemain lain

Kerana di peringkat benua, kecergasan adalah sangat penting terutama jika bertanding di venue yang sejuk. Penggantun­gan empat perlawanan juga menjadi punca pemain Pulau Pinang bermain seperti hilang punca.

Kerana arahan yang disalurkan Westwood kepada penolong jurulatih mungkin disalah erti. Ia tidak ‘direct’ kepada pemain.

Westwood juga adalah seorang jurulatih yang mempunyai kekuatan taktikal yang ampuh. Mungkin dia masih hijau di lapangan Asia tetapi ilmu bola sepak Eropah beliau pasti membantu dalam mencorak permainan Pulau Pinang.

Kerana itu saya berani katakan, penyokong Pulau Pinang harus sabar dan percaya. Rekod beliau di I-league dan berjaya dengan pemain yang biasa sahaja.

Beliau mempunyai 55 peratus ratio kemenangan bersama Bengaluru FC. Westwood juga patut bertanggun­gjawab atas pembelian pemain import yang tidak menyerlah.

Dia tak perlu takut mengakui kesilapan. Jendela perpindaha­n pada Mei nanti pasti akan ada perubahan kepada pasukan Pulau Pinang.

Skuad Pulau Pinang dibarisi ramai pemain tempatan berkualiti oleh itu hanya masa yang bakal menentukan hala tujunya nanti.

Pihak pengurusan juga jangan terburu buru untuk memecat atau merehatkan Westwood, kerana untuk membentuk pasukan bola sepak yang mantap anda perlukan sekurang kurangnya tiga musim penuh.

Lihat kepada Tan Cheng Hoe dan pasukan Kedah sebagai contoh.

Kepada penyokong Pulau Pinang, janganlah memboikot pasukan anda ketika mereka tenat. Sokonglah dengan sepenuh hati. Pasukan perlukan anda. Semoga semua masalah dan kemelut dapat diselesaik­an dengan segera dan secara matang. Haria Penang Haria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia