Berita Harian

Nasib Weigang tepati bidalan ‘Habis madu sepah dibuang’

- Rahim Salleh, Ipoh, Perak

Sedang Perak menikmati prestasi semasa yang baik dalam saingan musim ini, kebanyakan peminat ‘The Bos Gaurus’ terkejut dengan kontrak jurulatih, Karl Heinz Weigang dihentikan serta merta Rabu lalu.

Kemuncak kejayaan meleburkan rekod Johor Darul Ta’zim (JDT) yang tidak kalah dalam 25 perlawanan Liga Super baru-baru ini tidak akan dilupakan peminat.

Jangan hanya disebabkan kritikan pedas jurulatih itu terhadap pengurusan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) apabila tidak mempunyai padang latihan tetap hingga terpaksa merempat di padang-padang awam, maka Weigang dicantas begitu sahaja.

Jurulatih dari Jerman itu sendiri mengakui skuadnya terpaksa hidup seperti nomad kerana terpaksa berpindah randah dengan masalah ini berlarutan sejak kali pertama dia datang ke Perak pada 1997 dan selepas 20 tahun masalah itu masih berlarutan.

Apa yang lebih mengecewak­an, PAFA tidak mengemukak­an sebarang alasan terhadap pemecatan Weigang yang digantikan dengan bekas pemain pasukan Australia dan juga bekas jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic dilantik sebagai ketua jurulatih Perak yang baharu.

PAFA sendiri melabel Weigang sebagai Jurulatih Legenda ‘The Bos Gaurus’ tetapi kenapa mesti dia dipecat pada masa sekarang dan tidak sehingga habis musim ini.

Tidak nampak logiknya apabila seseorang itu sudah diketahui hebat, namun yang peliknya orang itu tetap kena pecat tanpa mengira jasa dan pengorbana­n seseorang.

PAFA perlu segera tampil untuk memberikan jawapan sebenar jika tidak peminat pasti akan membuat perbanding­an prestasi pasukan selepas ini di bawah Durakovic pula.

 ??  ?? Weigang bersalaman dengan penyokong Perak.
Weigang bersalaman dengan penyokong Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia