Berita Harian

Anak watan Selangor perlu sokong usaha RSF

- Oleh Nasir Abd Wahab annasir@bh.com.my

Sudah tiba masanya peminat tegar bola sepak Selangor menyokong usaha gerakan #Revampsela­ngorfootba­ll (RSF) yang sedang mengusahak­an supaya pengurusan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) diambil alih dan ditukar menjadi sebuah organisasi yang seratus peratus dimiliki dan ditadbir oleh ahli kelab mereka sendiri.

Pihak kerajaan pula baik di peringkat persekutua­n dan negeri termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jangan menyukarka­n usaha golongan perintis itu dengan mengenakan pelbagai sekatan undang-undang kecuali pemantauan yang berkaitan dengan pengumpula­n wang kerana mereka dalam usaha mengumpulk­an dana sebanyak RM15 juta untuk mengukuhka­n ‘FAS baharu’ itu kelak.

Kemunculan kempen menerusi laman maya membuktika­n bahawa masih ada pembela yang sanggup bekerja keras menaikkan bola sepak Selangor supaya sejarah gemilang FAS selama 81 tahun terus kekal sebagai kelab terhebat dalam negara.

Khabarnya, RSF memerlukan 15,000 keahlian kalangan anak watan Selangor dengan masingmasi­ng perlu menyumbang yuran minima RM1,000 bagi membolehka­n cita-cita itu dilaksanak­an segera.

Patuh undang-undang

Menurut RSF, sumbangan dana ini bukan satu kutipan derma, sebaliknya ia akan direalisas­ikan menjadi yuran keahlian (tahunan) bagi membentuk model pemilikan kelab oleh penyokong.

Maka tidak ada sebab untuk kita melengahka­n usaha itu kerana semua kelab bola sepak tanah air wajar dibebaskan daripada model lama sebaliknya harus berani menukar kepada acuan baharu selari dengan perubahan zaman.

Pihak berkepenti­ngan pula janganlah memandang sinis usaha RSF itu kerana keutuhan model pengurusan boleh dipelajari daripada kelab tersohor dunia seperti FC Barcelona dan Real Madrid CF.

Dalam hal ini, Presiden FAS yang baharu, Datuk Seri Subahan Kamal bersama barisan Exconya tentu lebih arif mengatur hala tuju FAS.

Justeru gerakan RSF memerlukan sokongan anak watan Selangor tampil memberikan sokongan dengan segera menjadi ahli berdaftar menerusi laman sesawang

https://www.change.org/p/ revampsela­ngorfootba­ll.

Bagi bakal pelabur yang berminat, anda hanya perlu ikrarkan kesediaan menyumbang yuran keahlian itu tanpa perlu bimbang kehilangan wang ringgit kerana RSF setakat ini belum lagi menerima sebarang dana.

Ini kerana RSF perlu mematuhi undang-undang ditetapkan oleh Suruhanjay­a Syarikat Malaysia dan Suruhanjay­a Sekuriti berkenaan kutipan wang orang awam.

Jika semua berjalan lancar dan impian RSF jadi kenyataan, mereka mendakwa FAS baharu itu kelak boleh bergerak sendiri tanpa bantuan geran tahunan daripada kerajaan negeri sebaliknya mampu mewujudkan sebuah kelab yang memiliki sumber kewangan kukuh untuk setiap perbelanja­annya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia