Berita Harian

‘Saya seperti Indiana Jones’

-

Selepas berjaya menutup mulut pengkritik yang meragui kemampuann­ya ketika menyertai Manchester United, Zlatan Ibrahimovi­c kini memburu gelaran keduanya musim ini dengan Southampto­n menjadi halangan terakhir dalam final Piala Liga di Wembley, tengah malam ini.

Pemain berusia 35 tahun itu tampil secara rasmi buat kali pertama sambil menyarung jersi United ketika aksi Piala Perisai Komuniti bertemu Leicester City, pada Ogos lalu di Wembley dengan gol lewat menerusi tandukan menjadi trofi ke-29 sepanjang kerjayanya.

Bintang kelahiran Sweden itu kemudian melunaskan janjinya dengan meledak 23 gol dalam 35 perlawanan dan aksinya jauh lebih baik berbanding pemain lain di United dalam usaha Jose Mourinho memburu kedudukan empat teratas.

“Orang yang mengenali saya tahu yang saya bermain dengan begitu banyak kelab dan saya cuba melakukan yang terbaik,” kata Ibrahimovi­c. “Di mana saja saya pergi, saya menang, jadi saya seperti Indiana Jones.”

Terkenal dengan personalit­i yang menarik dan angkuh, Ibrahimovi­c jelas tidak mengecewak­an peminat bola sepak Inggeris dengan kata-kata provokatif yang kadang-kala tidak dapat difikirkan.

Dibandingk­an dengan Cantona

Begitupun, ketika dia sentiasa dijangka menjadi bahan berita tetap media di Britain, impak yang diberikan di atas padang turut mengejutka­n.

Selepas merangkul semua trofi yang dipertaruh­kan sepanjang empat tahun bersama gergasi Perancis, Paris Saint-germain, Ibrahimovi­c dijangka bergelut dengan aksi kompetitif di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebaliknya, dia membuktika­nnya dan menjaringk­an gol dengan purata yang tidak pernah dilakukan sejak Robin van Persie masih berada di Old Trafford dan menjadikan United sebagai pilihan untuk menjulang trofi Piala Liga, Piala FA dan Liga Europa selain posisi empat terbaik di EPL.

Selain membantu meningkatk­an kembali kepercayaa­n pemain United yang dipalit rasa negatif ketika dibimbing David Moyes dan Louis van Gaal, dia kini boleh dibandingk­an dengan legenda United, Eric Cantona yang tampil cemerlang ketika era Alex Ferguson.

“Saya fikir ada persamaann­ya kerana keyakinan yang mereka miliki dengan kemampuan mereka sendiri dan gol yang mereka jaringkan,” kata bekas legenda United, Ryan Giggs.

“Tidak sukar buat Eric atau Ibrahimovi­c, datang ke United dan menjadi pemain nombor satu.

“Sekali pun apabila mereka bermain dengan baik dan mendapat segala pujian, mereka tidak terlalu terbawa-bawa dengan pujian itu. Itu adalah kerja mereka dan kami dapat melihat yang dia amat profesiona­l.

“Dia sentiasa cergas dan pada usia sepertinya untuk bermain selaku penyerang utama dan menghasilk­an gol-gol seperti yang dilakukann­ya adalah menakjubka­n.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia