Berita Harian

SF70 Ferrari lebih pantas

Jentera baharu gergasi F1 mahu saingi Mercedes

-

Ferrari melancarka­n jentera baharu Formula Satu (F1) pasukan itu semalam, yang dikatakan lebih pantas dan mengancam dalam usaha membantu Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen mengekang dominasi Mercedes, musim ini.

Pasukan dari Itali itu bergelut musim lalu apabila menamatkan saingan di belakang Mercedes dan Red Bull dalam perebutan kejuaraan pengeluar dunia.

Ferrari yang dianggap gergasi dalam F1 tidak pernah memenangi gelaran juara dunia pelumba sejak lebih sedekad lalu selepas kali terakhir dirangkul Raikkonen pada 2007.

Selepas menguji jentera baharu itu di pangkalan Ferrari di Maranello, Raikkonen berkata: “Kami tidak menguji kelajuan jentera ini sepenuhnya dalam beberapa pusingan awal tetapi kereta itu nampaknya baik.

Model ke-63

“Ia hanya sentuhan pertama, kami perlukan beberapa lagi pusingan namun kerjanya hanya akan bermula ketika sesi ujian di Barcelona.”

Sesi ujian rasmi pramusim F1 semalam empat hari dijadual bermula pada Isnin ini di Litar Catalunya, Barcelona sebelum sesi kedua dijalankan pada minggu berikutnya.

“Saya suka dengan bentuk jentera baharu ini, ia amat berbeza dengan tahun lalu disebabkan oleh beberapa peraturan baharu,” kata pelumba kelahiran Finland itu.

Diberi nama `SF70' sebagai rujukan 70 tahun Ferrari menyertai perlumbaan berkenaan, jentera itu di dominasi warna merah dan hitam selain beberapa perubahan susulan perubahan peraturan yang menyasarka­n lebih kelajuan.

SF70 adalah model ke-63 Ferrari dalam perlumbaan elit berkenaan dan ia memiliki lebih aerodinami­k serta lebih cengkaman mekanikal atas tayar Pirelli yang lebih luas bagi meningkat cengkaman ketika melalui selekoh pantas.

 ??  ??
 ??  ?? Pasukan Ferrari memperkena­lkan jentera baharu SF70 di Rome, semalam.
Pasukan Ferrari memperkena­lkan jentera baharu SF70 di Rome, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia