Berita Harian

Terowong gelap uji peserta jadi bomba

Latihan gambarkan situasi sebenar ajar supaya tidak panik

- Oleh Faris Fuad faris.fuad@bh.com.my ̌ Kuala Lumpur

Orang ramai kini berpeluang menyertai latihan menjadi anggota bomba dan penyelamat bagi mengalami tugas memadam kebakaran dalam usaha menyelamat­kan nyawa dan harta benda.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata latihan berkenaan menggambar­kan situasi sebenar apabila peserta perlu melalui laluan sempit dan berliku, selain terowong dalam keadaan gelap.

Katanya, ia penting bagi peserta latihan melalui situasi seumpama itu untuk mengajar mereka agar tidak panik jika berdepan situasi sama, pada masa depan.

Tawar khidmat bantuan

“Mungkin selepas ini, peserta boleh menawarkan khidmat bantuan kepada anggota bomba untuk membantu menyelamat­kan mangsa.

“Pada masa sama, peserta diajar cara memadamkan api menggunaka­n pelbagai teknik bermula dengan mengesan haba dan menurunkan haba panas,” katanya pada BH, di sini, semalam.

Terdahulu, seramai 20 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Safety First diberi peluang menyertai latihan sebagai anggota bomba anjuran JBPM Kuala Lumpur di Balai Bomba dan Penyelamat Taman Desa, di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden Safety First, Samad Rahim, berkata pihaknya menyertai latihan itu atas kesedaran pentingnya ilmu keselamata­n dan menyelamat ketika menghadapi keadaan cemas.

“Sebagai bekas anggota bomba, saya berpendapa­t, penting untuk kita tahu isu keselamata­n. Berikutan itu, saya kumpulkan ahli terdiri daripada doktor, polis dan pensyarah untuk sertai latihan ini.

“Kami juga mengalu-alukan pembabitan orang ramai dalam latihan seperti ini, selain mengajak mereka bersama Safety First menyertai latihan berunsurka­n keselamata­n,” katanya.

Peserta, Dr Mahathir Che Amad, 33, berkata latihan diadakan sememangny­a menguji ketahanan mental dan fizikal.

“Pengalaman luar biasa memasuki kawasan sempit dan gelap dalam latihan simulasi tidak akan saya lupakan. Semua peringkat latihan yang dilalui di luar jangkaan saya.

“Saya juga berasa bertuah kerana diberi peluang mengenakan seragam anggota bomba,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN / BH ] ?? Peserta diberi peluang menyertai latihan sebagai anggota bomba anjuran JBPM Kuala Lumpur di Balai Bomba dan Penyelamat Taman Desa, Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN / BH ] Peserta diberi peluang menyertai latihan sebagai anggota bomba anjuran JBPM Kuala Lumpur di Balai Bomba dan Penyelamat Taman Desa, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia