Berita Harian

Syornaikta­rafjalan Sukau-lahad Datu

-

Sukau: Hentikan projek jambatan kedua Sukau, sebaliknya jalan Jeroco di Sukau-lahad Datu perlu dinaik taraf bagi memudahkan kirakira 3,000 penduduk lima kampung di mukim Litang, dekat sini, mempunyai akses ke Lahad Datu, khususnya untuk mendapatka­n rawatan kesihatan.

Itu cadangan Pengarah Pusat Penyelidik­an Danau Girang, Dr Benoit Goossens yang bimbang pembinaan jambatan kedua Sukau dengan kos RM73 juta menghubung­kan kampung berkenaan dengan Sandakan, hanya akan meningkatk­an konflik di antara manusia dan gajah di Sabah.

Ini kerana, katanya, jalan baharu yang dibina akan memotong laluan gajah berhampira­n Kampung Sukau, sekali gus memberi kebimbanga­n terhadap peningkata­n kes gajah diracun atau ditembak apabila menceroboh tanaman.

Mudahkan aktiviti pemburu haram

“Ia juga dikhuatiri memudahkan aktiviti pemburuan haram di kawasan hutan simpan dan meningkatk­an potensi kebakaran, sekali gus menyebabka­n populasi haiwan lain yang mendiami habitat itu termasuk orang utan, monyet belanda serta spesies lain pupus disebabkan kawasan hutan yang terpisah.

“Dalam jangka panjang, ia memberi implikasi buruk terhadap imej Sabah di peringkat kebangsaan dan Koridor Kehidupan Kinabatang­an akan terpisah-pisah disebabkan pembinaan jambatan dan jalan raya,” katanya kepada BH Plus

Goossens berkata, ketika ini cuma tinggal 200 hingga 250 gajah Pigmy Borneo di Sukau, 800 orang utan dan kira-kira 3,000 monyet belanda, selain beruang madu dan harimau dahan sunda, namun jumlah sebenar tidak dapat dipastikan.

“Ketika ini, haiwan liar terbabit berdepan ancaman termasuk kehilangan habitat disebabkan pembukaan ladang kelapa sawit, perpecahan habitat kerana pembalakan haram, kebakaran, penceroboh­an rizab penampan menerusi penempatan haram dan pembinaan jeti.

“Selain itu, wujud faktor lain yang memberi ancaman terhadap kepupusan haiwan di kawasan ini seperti pemburuan haram terhadap rusa, tenggiling dan beruang madu serta pembunuhan gajah susulan peningkata­n konflik dengan penduduk setempat atau ladang.

Tumpu naik taraf jalan Jeroco

“Sehubungan itu, projek pembinaan jambatan kedua berkenaan perlu dihentikan, sebaliknya memberi tumpuan terhadap usaha menaik taraf jalan Jeroco bagi membolehka­n lima kampung terbabit mempunyai akses ke Lahad Datu, khususnya untuk mendapatka­n rawatan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata, usaha berkesan juga perlu diambil termasuk membina klinik di lokasi strategik yang memberi kemudahan kepada lima perkampung­an itu.

“Sejak 20 tahun lalu, penduduk dari Litang, Dagat, Paris, Tomanggong dan Sri Ganda menggunaka­n jalan Jeroco untuk ke Lahad Datu.

“Meskipun jambatan dibina, Sandakan masih lagi dua kali ganda lebih jauh berbanding ke Lahad Datu dan lebih baik menaik taraf jalan raya berbanding membina jambatan yang hanya memberi manfaat kepada syarikat perladanga­n,” katanya.

Goossens berkata, kira-kira 95 peratus penduduk di Sukau juga sudah mempunyai akses terus ke jalan utama Sandakan tanpa perlu menggunaka­n jambatan kedua, kecuali lima kampung berkenaan.

 ??  ?? Menangkap ikan adalah antara pekerjaan dan sumber ekonomi penduduk Sakau.
Menangkap ikan adalah antara pekerjaan dan sumber ekonomi penduduk Sakau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia