Berita Harian

Tujuh remaja berbasikal kena tahan

Penahanan susulan viral penganjura­n perhimpuna­n haram

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof mohdfahmi@bh.com.my ̌ Johor Bahru

Polis menahan tujuh remaja berbasikal ketika melakukan rondaan berhampira­n sebuah restoran makanan segera di Jalan Kolam Ayer, di sini, semalam.

Penahanan itu susulan rondaan pihak polis berikutan kenyataan yang viraldilam­ansosialbe­rhubungpen­ganjuran dan mengajak orang ramai menyertai perhimpuna­n haram di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru sebagai menyokong agenda kumpulan berbasikal.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata semua remaja berusia 16 hingga 23 tahun itu ditahan pada jam 9.10 pagi.

Katanya, semua remaja berkenaan dibawa ke Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan untuk siasatan lanjut.

“Enam saman dikeluarka­n mengikut Peraturan 42(1) LN 166/59 kerana mengubah suai basikal dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.

“Penahanan dan sitaan basikal pula dibuat mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan siasatan dijalankan mengikut Kanun Lebuhraya,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Polis beri nasihat

Sulaiman berkata, semua remaja terbabit dibebaskan pada jam 4.20 petang semalam selepas polis memberi nasihat berkenaan risiko perbuatan mereka yang membahayak­an diri sendiri dan pengguna jalan raya yanglain.

“Saya juga ingin menafikan dakwaanpem­anduwanita­yangterbab­it dengan kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam pada 18 Februari lalu itu adalah anak kenamaan.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta menghentik­an penyebaran maklumatti­daktepatdi­lamansosia­l, media cetak dan media elektronik yangbukans­ahajamengg­ugatketent­eraman awam, malah mengganggu siasatan polis atau berdepan tindakante­gas,”katanya.

 ??  ?? Polis Johor menyita basikal milik remaja yang ditahan di Jalan Kolam Ayer, Johor Bahru, semalam.
Polis Johor menyita basikal milik remaja yang ditahan di Jalan Kolam Ayer, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia