Berita Harian

Terkencing ditahan penguat kuasa

-

Melaka: Operasi bersepadu membabitka­n tiga agensi di sekitar bandar rayaini,awalpagise­malam,tergendala seketika apabila seorang wanita warga asing yang ditahan, disyaki pelayan pelanggan (GRO), termuntah dan terkencing di dalam kenderaan penguat kuasa.

Ini menyebabka­n kenderaan dinaiki wanita warga China itu bersamatuj­uhlagiyang­ditahanter­paksa dicuci, sebelum dapat meneruskan perjalanan ke pejabat Jabatan Imigresen Melaka (JIM), di sini.

Dalam operasi diketuai Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) bersama JIM dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) itu, yang diadakan dari jam 11 malam hingga 4 pagi, seramai lapan wanita warga asing termasuk seorang kanakkanak warga Indonesia ditahan.

Pengarah JPN negeri, Norazle Sulaiman, berkata dalam operasi pertama di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, di sini, lima wanitawarg­achinadans­eorangwani­ta warga Indonesia ditahan kerana melanggars­yaratpasla­watan.

Tiada dokumen perjalanan sah

“Dalam operasi kedua pula, kita menahanseo­rangwanita­wargaindon­esia dan anak perempuann­ya berusia 10 tahun di sebuah rumah pangsa di Banda Hilir kerana dipercayai tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Mereka yang ditahan dibawa ke pejabat Imigresen untuk disiasat mengikut Seksyen 39(b) akta sama kerana melanggar syarat pas atau permit,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Beliau berkata, JPN akan terus melakukan pemeriksaa­n ke atas wargaasing­yangmenyal­ahgunakan serta memalsukan dokumen JPN terutama kad pengenalan dan sijil kelahiran.

Sementara itu, seorang wanita warga Indonesia berusia 30an yang ditahan bersama anaknya mendakwa sedang melarikan diri daripada teman lelakinya.

 ?? [ FOTO MUHAMMAD HATIM AB MANAN / BH ] ?? Sebahagian wanita warga asing yang ditahan dalam operasi bersepadu membabitka­n tiga agensi di sekitar Melaka, awal pagi semalam.
[ FOTO MUHAMMAD HATIM AB MANAN / BH ] Sebahagian wanita warga asing yang ditahan dalam operasi bersepadu membabitka­n tiga agensi di sekitar Melaka, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia