Berita Harian

Jangan sesekali abaikan keselamata­n

Penganjur, peserta pendakian perlu ada disiplin, tahu had kemampuan diri

- Oleh Mohd Fakrul Munir

Sejak kebelakang­an ini, aktiviti mendaki gunung semakin berkembang dan meluas. Tidak seperti 10 tahun lalu, masyarakat hari ini tanpa mengira usia dan latar belakang status, menggemari aktiviti ini dan menjadikan sebagai satu wadah untuk beriadah pada hujung minggu selain meningkatk­an kesihatan fizikal dan mental.

Tidak kurang juga ada yang sekadar suka-suka, mengikut kawan sematamata untuk bergambar atau swafoto.

Perkembang­an ini membuatkan terdapat segelintir penganjur atau dikenali dalam kalangan pendaki sebagai ‘gogonizer’ (Gogo) yang ghairah menjadikan fenomena ini sebagai ruang dan peluang untuk menjana pendapatan berlipat ganda.

Mereka menganjurk­an program mendaki tanpa had maksimum selain tidak mengambil kira aspek keselamata­n yang perlu diutamakan.

Ini mengakibat­kan kurangnya perhatian dalam isu keselamata­n peserta

Tempoh perjalanan menjadi semakin panjang.

Jarak atau selang antara pendaki menjadi semakin jauh.

Kesukaran penganjur untuk mengenali dan mengawal peserta. yang menyertai program anjurannya, terutama bagi mereka yang masih baharu atau menjinakka­n diri dengan aktiviti pendakian.

Gemar pendekkan tempoh pendakian

Antara isu yang sering menyumbang kepada peningkata­n kes kemalangan dalam hutan dan di gunung adalah tindakan Gogo atau pendaki itu sendiri yang gemar memendekka­n tempoh masa pendakian yang dikenali sebagai compress.

Sebagai contoh, ada trip yang biasanya sesuai untuk dua atau tiga hari pengembara­an dan pendakian, tetapi dipendekka­n menjadi sehari, Ada trip yang memerlukan masa antara lima hingga tujuh hari tetapi dijadikan lebih pantas sekitar 48 jam atau kurang.

Hakikatnya, aktiviti sebegini (pendakian dan pengembara­an dalam hutan atau gunung) tidak salah, tetapi kemampuan diri dan kumpulan tidak boleh diambil mudah hanya sematamata untuk mencipta rekod dan menerima pujian daripada rakan-rakan di media sosial.

Hilang keseronoka­n

Ingatlah, ketika kita mendaki, mengembara mahupun menjelajah hutan dan gunung untuk menikmati keindahan alam. Kita mahu melihat dunia yang indah, bukan dunia hendak melihat diri kita. Apabila berlaku sesuatu kemalangan atau tragedi, sudah tiada lagi keseronoka­n bersama rakan-rakan di bawah khemah sewaktu bermalam dan berehat. Tidak ada lagi usikan dan gurauan yang menambahka­n kenangan.

 ??  ?? Antara faktor yang sering berlaku apabila mengambil jumlah peserta yang ramai adalah seperti berikut; 1. Kru atau jurupandu yang tidak seimbang dengan jumlah peserta. Keseronoka­n melakukan aktiviti pendakian tidak sepatutnya berakhir dengan tragedi.
Antara faktor yang sering berlaku apabila mengambil jumlah peserta yang ramai adalah seperti berikut; 1. Kru atau jurupandu yang tidak seimbang dengan jumlah peserta. Keseronoka­n melakukan aktiviti pendakian tidak sepatutnya berakhir dengan tragedi.
 ??  ?? Nilai kemampuan diri dan anggota kumpulan sebelum memulakan pendakian.
Nilai kemampuan diri dan anggota kumpulan sebelum memulakan pendakian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia